Thursday, March 22, 2012

PAS Dihina DAP Lagi

Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.

Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”

Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.

Ulasan

Kasihan, kasihan, kasihan. Lihatlah bagaimana DAP menanggapi PAS dalam gabungan mereka. Mereka melihat PAS sebagai kumpulan yang tidak perlu untuk dikhuatiri akan kuasanya.

Walaupun PAS mempunyai ahli yang ramai dalam Pakatan Rakyat, DAP menganggap mereka adalah penggerak, peneraju, pemain acara dan pemberi dana.

Ini tidak ubah seperti kapitalis Yahudi yang mengawal dunia yang berjumlah 7,000 juta populasi walaupun Yahudi hanyalah 16 juta.

Nampaknya, dalam Pakatan Rakyat, DAP menganggap diri mereka 'the choosen people' dan PAS serta pengikut-pengikut PAS hanyalah 'goyyim'.

Apakah lagi hujah mereka kali ini?

No comments: