Semasa keputusan kes liwat Anwar diumumkan 9 Januari lalu, teman berkesempatan berborak dengan kawan teman penyokong setia Anwar berasal dari Perak yang datang untuk memenuhkan perkarangan Mahkamah Jalan Duta. Dia datang dengan satu niat yang sebenarnya ramai tidak tahu.
Dia : "Tak best lah perhimpunan kali ni.. Tak macam Bersih 2.0 hari tu.."Teman : "Kenapa pulak?"Dia : "Polis tak bertindak agresif kat kita orang pun.."Teman : "Maknanya, kamu datang sebab nak bertempur dengan polis?"Dia : "Ya.. baru la syok!"
Itu sahaja menunjukkan bukti bahawa sebahagian besar mereka yang menyertai perhimpunan-perhimpunan anjuran pembangkang di negara ini tidak lain hanyalah untuk 'bertempur' dengan pasukan keselamatan.
Tidak seperti Bersih 2.0 yang dicegah sehabisnya oleh pihak polis, perhimpunan 901 di Mahkamah Jalan Duta dibenarkan oleh pihak polis.
Malah seruan untuk menyaksikan beratus ribu orang supaya turun memenuhi perkarangan Mahkamah Jalan Duta tidak menjadi kenyataan. Mungkin kerana perhimpunan tersebut dibenarkan, dan tidak akan berlaku 'pertempuran' dengan pihak polis.
Bagaimana pula dengan Bersih 3.0 yang diizinkan ini? Secara teorinya, kacang hantu yang suka membuat kacau ganggu dilihat tidak berminat untuk berhimpun dengan izin. Mampukah Bersih 3.0 mendapat sambutan lebih hebat?
Bijak pandai berkata, sebaik-baik perkara ialah sesuatu yang esoknya lebih baik dari hari ini dan hari ininya lebih baik dari semalam.
Setelah melihat Bersih 1 yang menyaksikan kebanjiran para pendemo, Bersih 2 menyaksikan penyusutan manakala Bersih 3 diramalkan lebih susut dari itu.
Tiada yang baik buat sesuatu yang secara progresnya mengalami pertumbuhan negatif. Hahaha.
No comments:
Post a Comment