Sabtu, April 14, 2012

Himpunan #BNPilihanOrangMuda Dapat Sambutan

Himpunan BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri Perak mendapat sambutan menggalakkan. Himpunan diadakan di Kediaman rasmi MB Perak di Jalan Raja Di Hilir (Jalan Tambun) dirasmikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Ianya merupakan sebahagian dari persediaan BN menghadapi PRU 13 di mana pada PRU 12 , kemenangan tipis pakatan pembangkang telah membuatkan pemerintahan negeri Perak bertukar tangan.

Walaubagaimanapun penyertaan kaum Cina dalam himpunan ini amat diragui dan ini tentulah membuatkan jentera pilihanraya negeri perlu memainkan peranannya lebih lagi bagi memastikan mandat diperoleh oleh BN untuk memerintah negeri Perak sepenggal lagi.

Sebanyak 404,106 atau 47.64% dari pengundi negeri Perak memilih BN pada pilihanraya umum yang lalu.




Gambar dari Twitter Khairy Jamaluddin

Tiada ulasan: