Friday, June 15, 2012

Nasrudin Hassan Yang Sempit Akal

Siapa yang  sempit akal? UMNO atau PAS? Terutamanya si Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat si Nasrudin Hasan.  Yang sempit akal adalah dia kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah tarikh pilihanraya telah ditetapkan. 

Apakah semua yang ke Tanah Suci itu ialah penyokong PAS? Jangan buat lawak lah. Sesungguhnya kerajaan sendiri sudah tentu mempertimbangkan untuk tidak mengadakan pilihanraya pada musim haji kerana beribu-ribu undi di pihak kerajaan turut akan hilang. 

Jadi atas dasar apakah keributan ini timbul jika tidak kerana PAS itu sentiasa mahu berbunyi walaupun tidak relevan. Mereka perlu sedar bahawa kerajaan yang memerintah telah 12 mengadakan pilihanraya dan takkanlah setenging itu pilihanraya hendak diadakan pada musim haji sedangkan mandat kerajaan masih panjang sehingga bulan April 2013.

Tetapi keterlebihan PAS dalam melihat perkara ini telah terpampang di mata masyarakat di mana mereka dengan berani mengarahkan penangguhan ibadat haji sekiranya pilihanraya diadakan pada musim haji, padahal mereka sendiri tiada kepastian berapa kerat jemaah haji musim ini adalah dari kalangan pengundi mereka.

Untuk rekod, Hari Raya Haji insya-Allah jatuh pada 26 Oktober 2012.


KUALA LUMPUR 13 Jun - UMNO didakwa menghalang umat Islam daripada menunaikan ibadat haji di Tanah Suci jika benar Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada musim haji.  Justeru Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, untuk menyelesaikan masalah tersebut PRU-13 tidak wajar diadakan pada musim berkenaan. "Kenapalah UMNO jadi sempit akal ? Jangan buat pilihan raya musim haji, selesai masalah. Kalut ribut ini kenapa ? UMNO cadang nak buat pilihan raya dalam musim haji ke? Kalau tidak kenapa kalut? "Kalau UMNO nak buat pilihan raya dalam musim haji maknanya UMNO yang halang orang nak buat haji sebab fatwa Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman kata mengundi itu wajib," katanya dalam Facebook miliknya semalam. Nasrudin turut mempersoalkan apakah keutamaan kerajaan ketika ini sama ada mahu rakyat menunaikan haji atau mengundi. Beliau berkata, selama ini kerajaan telah meminta rakyat yang layak menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. "Jadi mana satu ini? Nak mengundi ke nak buat haji? Kalau nak suruh rakyat buat kedua-duanya, haji dan mengundi maka jangan buat serentak. Mudah kan berfikir? "Tambahan pula, kalau buat pilihan raya musim haji, pastinya calon, wakil calon, pencadang dan penyokong di seluruh negara bagi peringkat calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak boleh mengerjakan haji," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Mula-mula pengundi hantu, lepas tu isu dakwat, ni musim haji pulak dah. Aku tengok Netanyahu tu lagi gentlemen.

Anonymous said...

Mereka (ahli PAS) dah tak sabar-sabar nak memastikan Anwar Ibrahim Al Juburi jadi PM. Takbirrrrrrr ...... Hidup Al Juburi. (Al Juburi tu Mat Sabu yang gelarkannya berikutan skandal liwat pada 1997). Mereka tangguh ibadat Haji dan bersubahat dgn manusia yang mengamalkan sesuatu yg pernah dilakukan oleh kaum Nabi Lut. Kalau ko org ahli PAS tak percaya kisah kaum Nabi Lut dalam Quran dan balasan Allah kepada mereka.... Tidak beriman pd Allah dan tak beriman kpd Al Quran lah jawabnya. Satu lagi tak beriman kpd Rasul. Nabi Muhd SAW tak mengaku umat pada manusia yg menyodom ni.