Adalah tidak wajar untuk PTPTN membekukan pinjaman pelajaran untuk UNISEL dengan alasan mahu kerajaan Selangor membuktikan yang ia boleh memberikan pendidikan percuma.
Dengan mandat yang tinggal lebih kurang 10 bulan, kerajaan Selangor tidak boleh dilihat milik Pakatan Rakyat sampai bila-bila dan usaha untuk membuahkan hasil pendidikan percuma di Selangor hanya memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor perlu diberi mandat sekali lagi untuk menyahut cabaran yang sudah tentu memerlukan masa buat mereka merangka apa yang mereka laungkan meskipun ianya mustahil.
Ini sudah tentu tidak diingini oleh sejumlah besar yang mahu melihat Pakatan Rakyat berhenti memerintah Selangor untuk penggal seterusnya.
Namun, pembekuan pinjaman pelajaran ke atas UNISEL di saat pilihanraya semakin hampir, penggal pemerintahan mereka perlu mendapat mandat baru, adalah tindakan yang TIDAK BIJAK.
Ini memberi peluang kepada kerajaan Selangor menabur janji tak masuk akal lagi dengan tawaran pendidikan percuma yang lebih hebat lagi supaya mereka mendapat mandat memerintah sekali lagi.
Sikap tit-for-tat yang biasanya menjadi amalan di kalangan kanak-kanak sekolah tidak wajar meresapi pemikiran pembuat dasar dan menteri yang bertanggungjawab.
Pinjaman pelajaran seharusnya terbuka kepada semua yang layak tidak kira di mana institusi pengajian yang menawarkan pengajian kepada mereka. Ini kerana mereka sendiri berhak menilai dan mereka sendiri berhak bersetuju atau tidak bersetuju dengan mana-mana terma pinjaman.
Jika mereka menandatangani perjanjian termaktub untuk pinjaman tersebut dan berhujung dengan kekerasan kepala untuk membayar kerana didorong pemimpin bahalul seperti Anwar, undang-undang tertentu mencukupi untuk mengheret mereka ke mahkamah dan kita lihatlah sama ada Anwar mahu menguruskan khidmat guaman untuk setiap mereka yang ingkar janji ini.
Kita tidak perlu menjadi bodoh seperti pembangkang semata-mata mahu melawan pembangkang.
4 comments:
Penulis kata : "Kita tidak perlu menjadi bodoh seperti pembangkang semata-mata mahu melawan pembangkang".
Bagi aku penulis taklah secerdik mana sebab it takes a bigger fool to tell someone stupid.
memang tak cerdik mana.. tapi komen tanpa nama atas dasar hit and run adalah kecerdikan ala pembangkang.. cerdik buah pelior
Eh, bukan ke di TANGGUHKAN? Apasal pula diputarbelitkan fakta? Jauh beza di antara PENANGGUHAN dengan PEMBEKUAN. ce tengok kamus sikit!
cuba baca lebih banyak sumber dari cuma baca blog saya yang tak best tapi berjaya menjemput sedara menunjukkan ketengingan sedara kat sini.. hehe
sedara ingat pembekuan tu proses bawah paras beku je ke? apa beza "penghantaran pembantu rumah indonesia dibekukan" dengan "penghantaran pembantu rumah indonesia ditangguhkan" ..
pembekuan berhujung pencairan.. penangguhan berhujung diteruskan.. sedara baru belajar BM ke? bahasa ibunda sedara apa? tagalog?
haha
Post a Comment