Di Malaysia, status pelarian perang hanya di pegang oleh dua etnik tumpangan yakni Aceh dan Rohingya. Pelarian Aceh menyebut mereka ditindas pemerintahan Jawa yang menguasai Indonesia, manakala Rohingya mendakwa mereka dituduh sebagai pelarian dari Bangladesh yang memasuki tanah orang-orang Buddha di Burma.
Terkini, kaum Rohingya yang beragama Islam ditindas lagi di Burma. Rumah mereka dibakar dan mereka dibunuh. Pendapat mengatakan ajaran Buddha itu damai tidak lagi terpakai di wilayah Burma Barat apabila penduduk Rakhine yang beragama Buddha dan pasukan keselamatan Burma yang beragama Buddha membakar rumah dan membunuh etnik Rohingya.
Menurut sumber pelarian etnik tersebut di negara ini, ketidakstabilan yang meletus bulan ini telah memakan 1,500 korban umat Islam Rohingya.
Mereka mendakwa etnik Rohingya merupakan pendatang Bangladesh tanpa mempedulikan hakikat etnik tersebut telah lama mendiami kawasan yang kini sebahagian Burma.
Hal ini adalah hasil kelalaian pemimpin Islam yang membina negara Pakistan dan lanjutannya Pakistan Timur atau Bangladesh. Wilayah Muslim ini dibiar terpinggir ke dalam Burma dan ketika tentera dan penduduk Burma yang masuk ke kawasan itu menghalau etnik Rohingya dengan mendakwa mereka sebagai penghijrah yang tidak dialu-alukan, Bangladesh tidak mampu berbuat apa-apa.
Untunglah pemimpin Malaysia dari UMNO melihat perkara ini dengan serius dan mencadangkan jalan-jalan penyelesaian walaupun telah sebelum ini mengambil beribu-ribu etnik Rohingya sebagai pelarian perang.
Apa yang tidak kedengaran ialah sikap pembangkang negara ini dalam isu antarabangsa seperti ini yang melibatkan umat Islam. Jika mereka tidak mampu menyuarakan pendapat atau mengulas tindakan yang perlu, tanpa ragu, kita wajarlah menolak mereka kerana karisma mereka di peringkat antarabangsa tidak ada.
Mereka hanya ada pemungut populariti seperti Azhar Idrus yang peranannya dalam kesejahteraan umat Islam sejagat hanyalah kononan semata-mata disebalik topeng politik.
Sepasang suami isteri etnik Rohingya dibunuh di jalanan.
Perkampungan etnik Rohingya dibakar
Mayat etnik Rohingya yang bergelimpangan
Etnik Rohingya yang berlindung di Kuala Lumpur.
3 comments:
kalau saudara nak fokus isu Rohingya, janganlah pulak nak masukkan isu politik sekali.
Penulisan di atas dh bgus..
Smpi bwh tibe2 masok politik.. Motip??
Kita berjuang kerana Allah, bukan kerana Raja, bukan kerana menteri..Dan pemimpin teragung kita Muhammad rasulullah lebih tggi dari segala raja dan menteri kt dunia ni..betulkan niat kita
Post a Comment