Selasa, Jun 19, 2012

Tor Tor Bukan Hanya Milik Mandailing

Keributan Tarian Tor-Tor yang 98% rakyat Malaysia tidak mengetahui apa itu Tor Tor, berpunca apabila dua ikon suku Batak di Indonesia, tarian Tor Tor dan Godang Sambilan (Gendang Sembilan) cuba diangkat oleh masyarakat Mandailing Malaysia melalui KPKK.

Klasifikasi Batak di Indonesia adalah bagi mereka yang berasal dari Tapanuli di mana majoriti suku Batak beragama Kristian. Mereka yang mendiami Tapanuli Selatan pula terdiri dari orang Islam dari suku tersebut dan berpusat di Mandailing Natal dan Padang Sidempuan. Mereka dipanggil batak Mandailing dan Batak Angkola.

Oleh kerana Tor Tor dan Gendang Sembilan dianggap milik kaum Batak secara keseluruhannya, mereka mempertikaikan usaha masyarakat Mandailing di Malaysia untuk mensinonimkan ikon tersebut dengan orang Mandailing. Bagi mereka, kedua-dua ikon tersebut bukanlah semata-mata kesenian orang Mandailing.

Tapanuli sedang mengalami proses pelahiran provinsi tersendiri, sekiranya diluluskan, menjadi provinsi ke 34 Indonesia. Krisis yang dialami kini di sana ialah masyarakat Tapanuli Selatan yakni Mandailing tidak menyokong usul ini kerana menjangkakan akan dipinggirkan oleh pemerintah propinsi Tapanuli yang majoriti penduduknya kelak adalah beragama Kristian.

Justeru mereka juga memperjuangkan satu propinsi baru yang diberi nama Tabagsel iaitu Tapanuli Bagian Selatan yang terdiri dari daerah Mandailing - Angkola.

Apa yang pasti, di tengah-tengah krisis ini menjalari rantau Tapanuli di Sumatera ini, sudah tentulah tidak bagus untuk Persatuan Mandailing Malaysia, menguji sentimen golongan yang lebih besar yang mengganggap kesenian tersebut adalah milik mereka, yakni berbagai lagi suku Batak yang mendiami Tapanuli.

Ini menyemarakkan lagi sentimen kebencian masyarakat Indonesia ke atas Malaysia yang diketahui dunia, tidak mempunyai aspirasi yang sama dengan warga dunia keseluruhannya dalam melestari dan menjaga akar kebudayaan tiap-tiap etnik di mana-mana negara.

Untuk rekod, Tor Tor dan Gendang Sembilan mungkin asing bagi masyarakat negara ini tetapi ia menjadi kemestian kaum Batak di Tapanuli dalam majlis-majlis perkahwinan dan keraian. Sebab itulah hal menjadi kecoh. 

Nasihat teman, bermesyuaratlah dengan kepala suku mengikut adat di sana dengan menghuraikan rangka apakah dan bagaimanakah pemartabatan Tor Tor dan Gendang Sembilan dan pada sudut manakah ini memanfaatkan kesenian itu secara amnya di mata dunia. Jika tidak, lupakan saja.



4 ulasan:

Desperado berkata...

Salam bro...tarian yang ini, indonesia tak nak patenkan siap-siap ke? Mana tahu kot-kot ada yang berkenan...hehehe

http://pilihan-anda.blogspot.com/2012/06/tarian-kangkang-sambil-tayang-seluar.html

IPOH MALAY berkata...

LOL bro.. salam.. ada lagi dorang tak paten.. tu show dangdut pakai bikini kat pub2 jakarta.. haha.. hv a nice morning!

Sobaruddin Siregar berkata...

saya adalah orang mandailing asli dari sumatra utara..
And this article, memang adalah kenyataan..

IPOH MALAY berkata...

terima kasih Sobaruddin kerana sudi menjenguk blog ini.