Monday, June 18, 2012

#MalaysiaMiskinBudaya Trending Di Twitter, Apa Tindakan Mandailing Malaysia?


Ramli Abdul Karim Hasibuan, tokoh Mandailing Malaysia yang juga editor di Utusan Malaysia perlu mengambil langkah menjernihkan suasana kerana kekeruhan yang terjadi hari ini antara Malaysia dan Indonesia adalah disebabkan oleh permintaan pihaknya agar Tarian Tortor, sebuah kebudayaan yang dinilai asing bagi rakyat negara ini, menjadi kebudayaan warisan etnik Mandailing di negara ini.


Walaupun Menteri terbabit menyebut setiap permohonan akan diproses sebelum diwartakan melalui Seksyen 67 Akta Warisan Kebangsaan 2005, media Indonesia terlebih dahulu memutarbelit kenyataan tersebut sebagai TELAH diwartakan berdasalkan fasal tersebut.

Seharusnya Persatuan Mandailing Malaysia berbincang terlebih dahulu dengan tokoh Batak Indonesia berhubung perkara ini kerana yang menjadi mangsa permainan media Indonesia ialah golongan etnik lain di Malaysia dan Indonesia yang saling perang mulut di dalam twitter sehinggakan #MalaysiaMiskinBudaya menjadi trending.


No comments: