Monday, October 08, 2012

Pegawai Agensi Singapura Dipecat Kerana Hina Perkahwinan Melayu


Seorang pegawai Kongres Kesatuan Dagangan Nasional di Singapura dipecat sehari setelah mengeluarkan kenyataan di Facebook menghina majlis kenduri orang Melayu. Walaupun meminta maaf dan menyesali keterlanjurannya, dia tetap dipecat.

Puncanya majlis perkahwinan orang Melayu yang dibuat di 'wakaf' perumahan dengan sewaan SGD50 (MYR120)  itu telah mengganggu ketenteramannya kerana berhampiran dengan rumahnya. Seterusnya dengan kata-kata kesat berisi perkataan FUCK, dia menyindir jika tidak mampu berkahwin dengan 'cara sepatutnya', maka jangan kahwin.

Dia yang bernama Amy Cheong juga mendakwa perkahwinan murah seperti itulah menjadi punca tingginya perceraian di kalangan orang Melayu di Singapura.

Tanggapannya itu mungkin tidak dipedulikan sekiranya kata-katanya dilapik dengan sindiran tanpa perlu mencarut. Namun kemarahannya atau tinggi alkohol dalam darahnya membuatkan dia bertindak keterlanjuran.

Ramai yang mengecamnya dan mengutuk kebiadabannya termasuklah kaum Cina Singapura sendiri. Akibatnya dia menanggung rasa malu dan mungkin serik.

Begitulah tegasnya masyarakat Singapura menjaga sensitiviti kaum di negara tersebut dengan menyerang Facebook NTUC dengan kecaman yang datang dari sepelusuk pulau tetapi ini tidak berlaku dalam politik pembangkang cara bodoh di Malaysia.

Ceramah DAP dalam bahasa Cina di ceruk-ceruk bandar yang menghina Melayu terang-terangan semasa kempen pilihanraya ,  tiada tapisan langsung. Malah tiada Cina Malaysia yang mengecam mereka kaw-kaw dek sentimen perkauman yang melampau yang disertai carut-marut bahasa mereka.



1 comment:

Anonymous said...

kat malaysia bebas nak kata apa kerana kebebasan bersuara. kat malaysia pihak berkuasa terlalu bertoleransi, sebab itu ada yg berani menyentuh adab dan sensitiviti kaum lain. minta maaf, habis cerita. lepas tu buat balik. lepas tu minta maaf. elok yg mulut2 laser tu duduk kat singapura, nak tahu langit tu tinggi ke rendah.