Monday, November 26, 2012

Contoh Jijik Pemuka Pakatan Rakyat



Contoh buruk laku Pakatan Pembangkang adalah refleksi dari hampas-hampas masyarakat yang berlindung di belakang mereka. Pembunuh yang mengharapkan peguam-peguam DAP. Penjenayah yang mengharapkan peguam-peguam DAP, perasuah yang diterajang dan kini melontar kritikan di tabir-tabir PAS-PKR-DAP.

Contoh terbaik di kalangan pengusaha makanan ialah si Anuar Hamzah, seorang pemuka Pakatan yang selama ini mengharap kelangsungan hidup dari orang-orang UMNO.

Akibat dari pecahnya tembelang, dengan bongkak dia terlupa nilai-nilai Islam, - orang PKR bukan Islamik sangat pun, banyak freethinker pilih PKR -, lalu dia menyebut kononnya jika UMNO kalah dalam PRU 13, dia akan yang menjadi orang pertama yang bersedekah kepada si Sahabat Gunung , seorang blogger yang didakwa merosakkan jalan rezekinya (menagih kontrak bekalan makanan ke orang-orang UMNO).

Sedekah tidak boleh ditunjuk-tunjuk. Apatah lagi sedekah yang belum pun dibagi. Adakah doa orang bongkak seperti Anuar Hamzah akan dimakbulkan? Memang Allah Maha Adil. Jika lepas ini si mamat ini jatuh muflis papa kedana, ya, ketahuilah, Allah itu Maha Adil.

Untung biawak tak islamik ini dihentikan dari memberi makan. Kerana orang tamak, bongkak, bodoh lagi tolol seperti ini, belum tentu menghasilkan makanan yang bersih untuk tubuh dan jiwa. Bayangkan kutu pemaki UMNO ini, dah la anti-UMNO, diberi peluang membekal katering untuk perhimpunan UMNO.

Entah apa yang dimakan dek orang UMNO tu.


No comments: