Thursday, November 29, 2012

Penjenayah Jordan ancam pelajar kita


Walaupun beragama Islam, orang Jordan belum tentu mempunyai kesopanan seperti orang Timur. Memalukan, sikap gila seks dan mental penjenayah yang ada pada sebilangan warga naungan negeri beraja ini. hantar bantahan anda ke Twitter @JordanGov sekiranya anda merasakan mereka tidak bersungguh melindungi mahasiswa kita di sana.


Penjenayah Jordan ancam pelajar kita
2012/11/29 - 05:18:42 AM 
Kuala Lumpur: Kira-kira 3,000 penuntut Malaysia di Jordan, terutama pelajar perempuan kini diselubungi ketakutan selepas menjadi sasaran penjenayah tempatan.  
Kes itu antaranya membabitkan serangan seksual, pecah rumah, ragut, samun dan ugutan bunuh di negara itu.  
Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan,  Ahmad Kailani Zahari mendedahkan lebih 70 aduan diterima sehingga kini sekali gus mengundang kebimbangan mereka untuk meneruskan pengajian di sana.  
“Berdasarkan aduan yang diterima, kebanyakan mangsa pelajar perempuan... ada yang diraba pemandu teksi ketika dalam perjalanan ke universiti, malah ada kes membabitkan pelajar perempuan kita dipeluk pengusaha kedai runcit ketika membeli barangan keperluan harian.  
“Kes sebegini jarang ber laku, namun semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini membabitkan serangan fizikal ke atas mangsa sehingga mendatangkan trauma,” katanya.  
Beliau mengulas kejadian seorang pelajar perempuan Malaysia cedera disamun sekumpulan lelaki Arab ketika sedang dalam perjalanan menghadiri program di Rumah Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Yarmouk, Irbid kira-kira 70 kilometer dari Amman, Ahad lalu.  
Dalam kejadian jam 7 malam waktu tempatan itu, Nabilah Yaakob, 21, pelajar Tahun Empat Ijazah Pergigian di Universiti Sains dan Teknologi Jordan cedera di tangan.

No comments: