Sabtu, Disember 01, 2012

Punca Bosnia Tidak Mampu Menyokong Palestin Di PBB

Kita menyangka Bosnia merupakan negara majoriti Islam namun haikatnya tidak. Menurut sumber yang teman peroleh, punca Bosnia tidak mengundi dan mengambil pendirian berkecuali dalam undian untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli ialah seperti berikut :

1. Hanya 48% penduduk Bosnia adalah Muslim manakala 52% merupakan Kristian. 
2. Terdapat 3 Presiden di Bosnia iaitu satu untuk Katolik, satu untuk umat Islam dan satu untuk Kristian Ortodoks Serbia. 
3. Puak Serbia di Bosnia membenci umat Islam dan ini membuatkan mereka menentang dalam undian ini. 
4. Oleh kerana itu, kesepakatan tidak dapat dibuat dan Bosnia terpaksa mengambil pendirian berkecuali.

Menyedihkan kerana setelah dibantu dan dipimpin oleh umat Islam keluar dari kancah peperangan, hakikatnya, umat Islam di Bosnia tidak mendapat kuasa politik sewajarnya, biarpun selepas kemerdekaannya diiktiraf.

Persoalannya, bayangkanlah negara ini dipimpin oleh tiga jenis puak, sekular anti Islam, liberalis Islam politik dan fundamentalis Islam politik. Berapa banyakkah dasar negara ini berkait Islam di mata dunia yang bakal menjadikan Malaysia sebagai negara yang tidak lagi pro-Islam?

Berapa banyakkah keputusan sebulat suara berkait Islam yang tidak dapat dicapai kata putus akibat penentangan oleh pihak lagi satu?

Orang 'sehebat' Azhar Idrus boleh menempelak menghina mencaci membodoh-bodohkan orang Islam yang sama anutan dengannya tetapi, hilang telurnya untuk menempelak ketidakislamikan teman tidur mereka yang lagi dua itu.

Di situ, cukup jelas, Malaysia hanya akan menjadi Bosnia dan tidak Islamik lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Untuk apa membela PAS sedangkan hasil pembelaan yang kelihatan baik untuk individu, tetapi besar kesan penjahanamannya ke atas ummah.

Jangan cerita soal Kelantan kecuali jika PAS berjaya memerintah Kelantan yang hanya mempunyai 58% orang Islam, sama seperti fakta demografi negara ini.

Dan adakah sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan, ramai orang bukan Islam di Kelantan memeluk Islam kerana terpesona dan kagum dengan indahnya Islam yang diterap dalam pemerintahan ala PAS? 

Jangan menuduh kerajaan pusat tidak memberikan contoh yang baik kerana percayalah, hakikat fakta sebenar, jumlah Cina memeluk Islam di bandaraya Ipoh sahaja dalam tempoh 10 tahun jauh melebihi jumlah Cina yang memeluk Islam di seluruh Kelantan dalam tempoh 20 tahun.

Malah, mereka mampu untuk berinisiatif mengumpul dana mereka sendiri untuk membangunkan Masjid Cina yang memang besar gunanya buat komuniti Cina Muslim di Ipoh sedangkan Masjid Cina di Kelantan dibina sekadar simbol kemajmukan yang dibuat-buat. 

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Tuan. Ulasan yang bernas.

tungkaran hati berkata...

mohon diambil artikel ini....ulasan yang bernas.

Tanpa Nama berkata...

amat menarik untuk umat Islam Malaysia fikirkan

Tanpa Nama berkata...

amat menarik..Wajar bagi Umat Islam Malaysia fikirkan bersama

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih tuan. Satu artikel yg membuka mata tentang realiti sebenar pembentukan negara islam di Malaysia. Terima kasih tuan.