Sunday, December 02, 2012

Anwar Bakal Bikin Onar Di Taman Perpaduan, Ipoh Petang Ini


Petang ini, Anwar Ibrahim akan membuat 'onar' di tempat teman. Sayang sekali, teman minggu ni berada di Putrajaya. 

Taman Perpaduan merupakan 'deposit tetap' UMNO-BN Tambun yang menyaksikan sokongan padu diberikan kepada parti tunjang pemerintahan itu di masa-masa kritikal iaitu PRU 1999 dan 2008. Cuma pada tahun 2008, satu dari enam saluran mengundi, jatuh ke tangan PKR iaitu pada saluran 5.


Taman Perpaduan merupakan sebuah lokaliti di bawah DUN Hulu Kinta (  Rusnah Kassim - UMNO ) dalam Parlimen Tambun ( Ahmad Husni Hanadzlah - UMNO - Menteri Kewangan Kedua ). Kali terakhir acara membabitkan PKR dibuat di sini ialah pada ketika pemerintahan DAP di Perak.

Petang ini, Jelajah Merdeka Anwar Ibrahim akan tiba di tapak pasar malam Taman Perpaduan untuk menghasut penduduk Taman Perpaduan dengan lontaran fitnah, cerita-cerita berbukti kosong dan hasutan-hasutan tipikalnya kepada warga yang jarang memihak kepadanya.

Untuk rekod, siapa Ketua Cabang PKR Tambun dan siapa Ketua Ranting Taman Perpaduan pun tidaklah teman kenal walaupun teman dah 30 tahun menetap di Taman Perpaduan. Mungkin sahaja, orang luar.

Mungkin sahaja, penduduk Taman Perpaduan akan berduyun-duyun melihatnya, bukan untuk mendengarkan apa lipuran laranya tetapi memandangkan kali terakhir 'orang besar' mendatangi Taman Perpaduan ialah pada tahun 1999 iaitu mantan PM, Tun Mahathir ketika merasmikan projek perumahan kos rendah Taman Bercham Raya yang bersebelahan dengan Taman Perpaduan.

Walaupun teman pernah menulis kepada PM Najib dalam blognya supaya datang melawat Taman Perpaduan ketika beliau menawarkan program 'PM turun padang ke tempat anda' (lebih kurang begitulah bunyinya), nampaknya Anwar Ibrahim telah men'sailang'nya terlebih dahulu dan amat pasti sekali, jumlah orang luar dari Taman Perpaduan yang berduyun-duyun datang bakal melebihi jumlah penduduk Taman Perpaduan di programnya itu.

Risalahnya yang tertulis 'Bakal PM Malaysia Ke 7' sangat tak boleh blah. Seperti skuad Garuda yang konfiden menang sebelum pertandingan!

Entah-entah dia dapat tahu yang ada insan yang 13 tahun setia bersama UMNO di situ yang rupa-rupanya tidak wujud keahlian dalam UMNO, lalu hendak dipujuknya. Haha. Gurau je tu. Kalau iya pun, Eh, sorry lah Nuar, teman tak undi orang yang burukkan negara sendiri ketika di negara jiran. Sebab pembangkang mana-mana negara sekalipun tak berkempen memburukkan negara sendiri ketika mereka berada di luar negara kecuali dari negara yang dilanda perang saudara. Bapak Anwar Bin Ibrahim harus ngerti.

7 comments:

anonymous said...

Tau pun takut, Jelajah Merdeka - pasti menjehanamkan UMNO!

Anonymous said...

Takut tu idak le...tp petang ni hujan akan turun dgn lebat dan angin bertiup kencang..kita tgk sape yg berani sape yg lari lintang pukang..apabila Allah x izinkan yg menabur fitnah mari kita lihat sape yg kenerrrr...

Anonymous said...

anuar silap byk.tanah kat depan tapak pasar mlm tu siapa yg punya ye?
mcm mana bole dpt tanah tu.harap ipah malay siasat.teman dok kat taman bercham raya tu jer start kwsn tu mula2 buka.saya harap ipoh malay siasat dan dedahkan.teman dengor dari penduduk kat situ tanah tu di ambil masa pakatan haram memerintah 11 bulan aritu.abih org melayu punya perniagaan kat situ.harap ipoh malay siasat ye.

Anonymous said...

Anon 9:28 PG. nak kena takut ka dgn manusia lalang tu..lagi meluat-luat..puuiihh!

IPOH MALAY said...

tanah depan pasarmalam tu adalah tanah rizab lembaga air perak.. tak ada pembangunan dibuat kat situ sebab ada paip air besor salur air ke separuh ipoh.. ya, tanah di dibagi oleh PKNP kepada sebuah syarikat cina bercham semasa pakatan memerintah..

anonymous muka hantu, bukanlah takut, tapi najis, kerja samak yang bukan kecik anak untuk peniaga kat situ nanti.. hehe

UMNO PARTI PENJARA said...



UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap BODOH?

2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~

~ BUKTI 3 ~

~ BUKTI 4 ~

IPOH MALAY said...

runtuhkan umno demi tegakkan DAP.. kelaut je la Anak Melayu ke anak yahudi mabuk?.. sini bukan pantai timur 95% melayu..