Tuesday, December 11, 2012

Indonesia Protes Kelancangan Zainuddin Maidin

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia hari ini mengecam  Malaysia amnya, Zainuddin Maidin dan Utusan Malaysia khususnya, kerana menghina tokoh demokrasi mereka, BJ Habibie. Kenyataannya memang kita tahu BJ Habibie dan Anwar Ibrahim itu serupa, tetapi barang harus diingat, perbezaan sistem perlembagaan antara dua negara, meletakkan dua tokoh tersebut dalam kancah yang berbeza.

Indonesia, sebagai negara republik pluralisme yang mengagungkan Bhineka Tunggal Ika, satu prinsip Jawa yang berkaitan kesaksamaan termasuklah dalam bidang keagamaan. Malaysia pula adalah negara persekutuan dengan sistem raja berpelembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Menyamakan Habibie dan Anwar adalah betul tetapi salah. Kerana ia bergantung pada sisi mana betulnya ia, dan salahnya ia. Walaubagaimanapun, Zainuddin Maidin tersilap langkah kerana Habibie yang diremehkan hakikatnya dipandang tinggi oleh Indonesia kerana menjadi Presiden yang membebaskan negara tersebut dari Orde Lama yang dibenci yakni pemerintahan Suharto, walaupun ramai yang mula mengkritik demokrasi pasca Orde Baru itu hari ini.

Mungkin juga Zainuddin Maidin terlalu seronok menulis sehinggakan dia salah mengertikan pengakhiran Habibie sebagai Presiden bukanlah kerana kalah pemilihan DPR, tetapi kerana menarik diri kerana enggan terus ditunggangi Barat terutamanya kerana merasa bersalah atas kemerdekaan Timor Leste yang  turut pernah diperjuangkan SUARAM. Suara anak haram yang dibiaya antek-antek Soros melalui Anwar Ibrahim.

Disebalik kecaman DPR Indonesia ke atas Malaysia pada sebutan 'The Dog of Imperialism' pada artikel tersebut, Habibie hanya ketawa dan tidak memberi reaksi. Sama ada betul lah kenyataan tersebut, atau puaslah hatinya kerana apa sahaja yang dibuat atas nama demokrasi, pasti dia akan dibela melulu oleh negaranya.


Selasa, 11/12/2012 14:46 WIB

DPR Kecam Malaysia Soal Sebutan Habibie 'The Dog of Imperialism'

Elvan Dany Sutrisno - detikNews


Jakarta - Kalangan DPR mengecam sebutan 'The Dog of Imperialism' bagi mantan presiden BJ Habibie di koran Utusan Malaysia. Wakil Ketua DPR Pramono Anung memastikan akan segera mengirim surat ke Perdana Menteri Malaysia berisi protes terkait hal ini.

"Yang pertama kita sudah putuskan akan menulis surat kepada PM Malaysia mengecam tindakan dan juga statement yang bersangkutan," tegas Pramono kepada detikcom, Selasa (11/12/2012).

Menurut Pramono, hal semacam ini harusnya dihindari. Karena bisa menambah panas hubungan Indonesia-Malaysia yang belakangan ini kurang harmonis karena adanya sejumlah kasus TKI di Malaysia.

"Karena itu bisa merusak hubungan kedua negara. Apapun Habibie adalah orang yang pernah berjasa bagi Republik Indonesia, sehingga tidak akan gegabah sehingga memberikan statement yang melukai rakyat Indonesia," tegasnya.

Di rubrik RENCANA di koran Utusan Malaysia edisi Senin, 10 Desember 2012, mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin menulis dengan judul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim". Di media yang dikontrol langsung pemerintah itu, Zainuddin menggambarkan Habibie sebagai sosok egois, memualkan, serta pengkhianat bangsa.

Zainuddin mengawali tulisannya dengan mengatakan 'Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin Jusuf Habibie yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir kerana mengkhianati negaranya, telah menjadi tetamu kehormat kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim baru-baru ini. Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).'

Sekadar diketahui, hubungan Habibie dan Anwar cukup akrab. Anwar -- yang hendak mengikuti Pemilu Malaysia 2013 -- mengundang Habibie berbicara ke Universitas Selangor pada Kamis 6 Desember 2012 lalu. Kunjungan itu sebagai balasan atas kedatangan Anwar Ibrahim di Jakarta pada 28 November 2012 untuk menghadiri 'Celebrating The Habibie Center's 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period. Anwar Ibrahim, mantan Wakil PM Malaysia, memuji Habibie dengan menyebut era Habibie yang singkat membawa perubahan besar di Indonesia.

FPAN DPR sebelumnya juga telah mengecam pernyataan keras yang muncul di koran Malaysia yang dikontrol pemerintah itu. FPAN mendesak DPR mengambil sikap tegas untuk membela martabat bangsa Indonesia.

Sementara, BJ Habibie tidak bereaksi keras atas artikel itu. Dia hanya tertawa saja.

(van/nrl) 


No comments: