Cina dalam DAP tak percayakan Melayu. Melayu pula terhegeh-hegeh menagih kepercayaan mereka. Sepanjang hampir lima tahun menjilat DAP kononnya DAP semakin terbuka, mereka hakikatnya 'diludah di muka' oleh mulut-mulut 'tidak halal'. Apa yang terbukti malam tadi adalah jelas. Melayu dalam DAP tidak diterima oleh ahli. Teruskan ketiadaan martabat dan air muka anda wahai Melayu DAP. Ia adalah contoh peringatan kepada yang mahu berfikir.
AHMAD TON - 347,
ARIFFIN OMAR- 348,
HARUN BIN AHMAD - 28,
SULAIMAN SYED IBRAHIM - 98,
TENGKU ZULPURI SHAH 121,
ZAIRIL KHIR JOHARI - 305,
ZULKIFLI MOHD NOOR - 216,
ROSELI ABDUL GANI- 39.
(Cut off point top 20 ialah 824).
* sumber: taipingmali
Sudahlah menjadi parti rasis yang berselindung dibalik nama parti semua kaum, DAP masih berani untuk meminta tambahan kerusi. Ini bermakna, PKR dan PAS sangat jelas, tidak kuat dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan delegasi menolak pemimpin Bumiputra dalam parti tersebut walaupun hampir 63% penduduk negara ini berketurunan Bumiputra jelas menunjukkan belang DAP yang sebenar.
Persekongkolan PAS dan PKR dalam DAP tidak lain membuktikan bahawa setiap undi kepada PAS dan PKR adalah untuk memperkasakan penguasaan DAP di bumi Malaysia.
Natijahnya kelak, seandainya Pakatan Rakyat diberi kuasa memerintah, penguasaan DAP dalam Dewan Rakyat akan menjadikan negara ini tidak lagi berprinsipkan nilai-nilai Islami.
Jiwa mabuk kuasa PAS dan PKR membuatkan penipuan demi penipuan terus berleluasa. " Undilah parti yang membela Islam dan menegakkan kerajaan Islam " hanyalah penipuan semata-mata apabila tidak dapat tidak, terlalu jelas kelihatan bahawa DAP berkuasa menekan PAS dan PKR dalam hal berkait undang-undang.
Ini kerana, DAP memiliki ramai musuh Islam di dalamnya yang mahir dalam selok belok perlembagaan manakala PAS dan PKR hanya menjadi kerbau yang dicucuk hidungnya.
Dengan penipuan PAS dan kemaharajaan DAP, adalah sama sekali benar bahawa eksperimen mengganti kerajaan akan menjadi bala bencana kepada negara.
Cuba lihat Melayu pencacai DAP yang menyondol-nyondol ahli DAP untuk 'memecah tembok perkauman' , hampir setahun lalu di blog Suckmongkol :
zarm said...
Allright Saudara2ku,
Maaf ya..dalam DAP xder panggil Datuk,TanSri,Dato Seri bla..bla..bla...
Kitorang panggil semua hadirin dengan ungkapan Saudara jer.
Saya dah 10 tahun menyokong DAP dan dah jadi life member sejak PRK Permatang Pauh 2008.
Walau majoriti saudara kita Chinese..tapi banyak perbezaan dan keikhlasan yang kita nampak di mata pemimpin DAP.
Teruskan perjuangan untuk RAKYAT dan jangan berlandaskan bangsa.
Lagi lama dalam DAP akan lebih banyaklah perkara yang saudara akan fahami dan hayati keunikannya.
Janganlah pulak esoklusa saudara tampil di TV3suku megatakan yang blog saudara kena hack dan sebagainya.
PAS bukan tak baik...tapi kita yang tak cukup baik untuk join.Memilih DAP adalah cara terbaik bagi seorang rakyat Malaysia memecahkan tembok perkauman yang di bina oleh FANATIK UMNO.
Selamat datang SAUDARAku.
Bukankah membuang sebuah kereta hanya kerana pendawaiannya rosak demi membeli kereta baru adalah perbuatan bodoh disaat si pembeli mengakui poketnya tidak mempunyai wang yang banyak. Hasilnya apa? Tentulah menambah hutangnya. Kalau begini tindakannya, yang harus dibuang bukan keretanya. Tetapi si pemilik keretanya! Satu sen tak guna.
Itulah yang akan berlaku sekiranya DAP-PAS-PKR memerintah negara ini. Penipuan demi penipuan disumbat ke minda masyarakat seolah-olah masyarakat tidak mampu menilai. Perbuatan tidak bermoral ini merupakan langkah yang salah dan nescaya memakan diri mereka sendiri.
Salah satu contoh pencacai yang tidak sedikitpun dihargai parti. Kesian.