Sabtu, Disember 15, 2012

Dinasti Lim Kukuhkan Kedudukan Dalam DAP

Dinasti Lim mengukuhkan penguasaan mereka ke atas DAP,parti 'demokratik' chauvinis Cina yang turut menampilkan Karpal Singh bagi menunjukkan parti itu sebagai  'parti  semua kaum'.

Tan Seng Giaw, ahli parlimen Kepong, yang juga Timbalan Pengerusi DAP, kalah dalam pemilihan kali ini. Mungkin kefasihannya dalam berbahasa Melayu dan kecenderungannya menerima pelawaan temubual TV arus perdana, tidak disukai oleh ahli-ahli DAP yang chauvinis.

Turut kalah ialah penyokong kuat Tamil Eelam di Sri Lanka, P. Ramasamy dan semua calon Melayu yang otai dalam parti tersebut.

'DAP' menjadi trending di Twitter berikutan kecaman-kecaman publik atas keputusan kemenangan anak beranak di dalam parti demokratik ala chauvinis Cina itu.

Imej Berita Harian

Seng Giaw, P Ramasamy tewas pemilihan CEC DAP


GEORGETOWN: Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, sebentar tadi. 

Seng Giaw menerima 802 undi manakala Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy turut tewas dalam pemilihan kali ini dengan menerima 746 undi. 

Tiada ulasan: