Katakanlah bahawa 1 meter persegi hanya boleh diisi seramai 3 orang dengan jarak lebih kurang 30 ke 40 cm antara satu sama lain? Maknanya untuk kawasan 5 meter x 5 meter, 75 orang disesakkan bagi menurut hukum 1 meter persegi boleh diisi 3 orang berdiri.
Maka dengan itu, 500,000 orang jika berhimpit-himpit mengikut hukum 1 meter persegi hanya boleh diisi 3 orang berdiri, sebuah padang seluas 36 ekar diperlukan untuk menampungnya.
Ini bermakna jika 500,000 orang hadir ke Himpunan Kebangkitan kelmarin, limpahan manusia dari Stadium Merdeka akan meliputi seluruh Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Tuah, Jalan Maharajalela termasuk Jalan Pudu secara serentak dengan berhimpit-himpit mengikut hukum 1 meter persegi boleh diisi 3 orang berdiri.
Stadium Merdeka hanya seluas 8 ekar. Padang ditengahnya hanya seluas 2 ekar. Dengan hukum 1 meter persegi boleh diisi 3 orang berdiri yang sesak itu pun, padang tersebut hanya dapat menampung 30,000 orang.
Mengetahui angka tersebut sangat sedikit, kita berilah markah kesian kepada mereka dengan menyebut 100,000.
Tetapi untuk menipu hingga 500,000 iaitu 25% dari jumlah jemaah haji yang mengerjakan haji di Makkah saban tahun, itu bohong.
Alang-alang nak bohong, mereka patut sebut himpunan tersebut dibanjiri 3 juta orang.
Satu meter persegi diisi 83 orang. Maka, 3 juta yang datang.
No comments:
Post a Comment