Kacaunya negara ini andai Pakatan Rakyat menang sangat buruk. Bayangkan sebuah parti yang menjanjikan negara Islam akan memerintah bersama dua buah parti yang paling mempertahankan sekularisme dan liberalisme agama.
Perang akan berlaku antara mereka dan demonstrasi demi demonstrasi akan menyubur selaras dengan keterbukaan yang mula diterapkan.
Seterusnya ini akan menjadi budaya seperti di Indonesia. Tetapi menakutkan sekiranya pertentangan puak liberal dan sekular dengan puak yang hendak menegakkan sebuah negara Islam ini membawa pertelagahan fizikal.
Dengan kemenangan besar sekalipun, PAS tidak dapat menubuhkan sebuah negara Islam ala impian mereka kerana percanggahan pada pertentangan yang serius memandangkan PKR dan DAP dipenuhi peguam-peguam sivil yang semahunya inginkan Malaysia yang tidak bersangkut paut dengan agama pada perlembagaannya.
Walau 100% Melayu mengundi PAS sekalipun, andai PAS ingin menubuhkan negara Islam, mereka tetap ditentang oleh PKR dan DAP. Pas kalah 2-1. Negara akan menjadi sekular mutlak.
Mengundilah dengan bijak.
3 comments:
Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat wajar segera menebus rebat telefon pintar:
http://notakanan.blogspot.com/2013/01/peserta-himpunan-kebangkitan-rakyat.html
Apa umno yg sedar tak bleh bangkit berkerjasama pas ke? Mentaliti rendah
Insyaallah;Tunggu menang dulu...baru tau apa akan jadi, sama2la kita brdoa utk keamanan negara malaysia amin....
Post a Comment