Ahad, Januari 20, 2013

KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke akan dipasang di Kedah


Motonation labur RM30 juta bina kilang motosikal KTM di Jitra

MUKHRIZ Tun Dr. Mahathir (kanan) diberi penerangan tentang enjin oleh Ketua Bahagian Teknikal, Phillipp Moeller (kiri) ketika melawat dalam kilang pemasangan tempatan motosikal KTM di Motonation Manufacturer Sdn. Bhd di Jitra. UTUSAN/KAMAL BASIR

KUBANG PASU 20 Jan. - Walaupun baru tiga tahun beroperasi sebagai pengeluar dan pengedar motosikal mewah termasuk pengedar unggul jenama terkemuka, KTM, di negara ini, Motonation Manufacturer Sdn. Bhd. (Motonation) kini maju setapak dengan memiliki kilang sendiri.
Motonation melabur sebanyak RM30 juta bagi membangunkan kilang seluas 1.21 hektar terletak di kawasan Perindustrian Darulaman Jitra Kubang Pasu itu sejak Julai tahun lalu.
Menurut Pengarah Kewangan Motonation, Yeoh Teik Poh, dua jenis model motosikal terkenal dari Austria itu iaitu KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke akan dipasang di kilang tersebut.
"Pembinaan kilang itu juga akan menjadikan harga motosikal tersebut lebih murah antara 20 dan 30 peratus," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kilang tersebut yang disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130120/ek_01/Motonation-labur-RM30-juta-bina-kilang-motosikal-KTM-di-Jitra#ixzz2IUZNNPzu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan: