Monday, March 25, 2013

Anwar 'Bunuh Diri' Jika Bertanding di Lumut atau Tambun

Anwar dipelawa tanding di Tambun
8:34 PG Idham Lim
13 Jamadil Awal 1434 H.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

BAGAN SERAI - Selepas Pemuda Pas Perak mempelawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Daerah Kerian pula mencadangkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Sumber PR berkata, keperluan peletakan Anwar di kerusi Parlimen Tambung penting berikutan kawasan itu mempunyai majoriti penduduk bandar, selain bilangan pengundi bukan Melayu yang tinggi.

Teman sangat-sangat hairan mengapakah Pakatan Rakyat daerah Kerian mencadangkan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun. Sudahlah jalanraya di Lahad Datu lebih cantik dari jalan Permatang Pauh - Penanti, jasa apa yang dapat dicurah oleh Anwar Ibrahim di tempat orang setelah tempat sendiri pun bagaikan suasana di negara mundur.

Adakah Pakatan Rakyat daerah Kerian dan PAS Perak menunjukkan rumah sembelihan untuk Anwar Ibrahim merasai kalah pilihanraya? Lumut dengan Pengkalan TLDM manakala Tambun dengan kem PGA. Adalah kaedah bunuh diri sekiranya sepanjang penggal yang akan berakhir ini, kerja Anwar Ibrahim hanya menggerakkan usaha memburukkan pasukan polis dan tentera.

Kebencian terhadap Anwar Ibrahim semakin berleluasa di parlimen Tambun amnya, DUN Hulu Kinta khususnya. Ini kerana kawasan ini menempatkan pesara-pesara polis dan tentera serta waris-waris mereka yang panas hati kerana sikap pembangkang ke atas anggota keselamatan ketika ini di Lahad Datu.

Sehinggakan, pihak PKR sendiri terkial-kial untuk mencari tenaga kerja jentera pilihanraya mereka dek kerana semakin ramai yang enggan bersekongkol dengan PKR - walaupun menawarkan upah yang lumayan - nampaknya pada masa ini, wang bukan lagi segala-galanya.

Sekiranya Anwar Ibrahim bertanding di Tambun, adalah haram jadah kepada sesiapa yang mengundinya memandangkan dia tidak mencurah apa-apa bakti langsung ke atas penduduk di dalam Parlimen Tambun.

Parlimen Tambun dikordinasi dengan baik dan segala permasalahan dalam penggal pemerintahan yang akan berakhir ini, telah diselesaikan oleh wakil rakyat yang walaupun sibuk dengan tugas sebagai Menteri Kewangan II , namun kelibatnya di parlimen yang diwakilinya sentiasa ada.

Jika Anwar mahu bertanding di Tambun, silakan.  Namun dia harus ingat, kemunculannya di Tambun, khususnya  Taman Perpaduan membawa debut lagu Sabah Nak Hilang nya Disember lepas hanya menarik 250 orang penyembahnya. 88,000 pengundi di Tambun telah membuat pilihan.

3 comments:

Anonymous said...

Nak bertanding di Tambun?? Silakan... takde masalah, lagi aku kuat berkempen untuk BN nanti. Aku akan pasikan dajjal laknatullah ni hancur sebelum dia sempat merosakkan keamanan dan kesejahteraan penduduk di sekitar Tambun...

usin said...

kenapa pemuda pas mempelawa anwar bertanding samada di lumut atau tambun? benarlah apa yang difikirkan oleh akar umbi pas bahawa tunduknya pas kepada dap dan pkr adalah kerana wujudnya manusia bernama anwar ibrahim. inilah sahaja caranya mereka boleh 'membunuh' karier politik anwar dengan meletakkan anwar di kawasan 'tentu kalah'.

asifadio said...

Aku prg tambun... hope anwar dtg bertanding sini... sebb mmg dia bunuh diri la hahah... bodoh... aku rase PAS tau yg tambun kubu kuat BN maybe diorg pun nak jatuhkan anwar