Di bawah ini artikel teman semasa Perak masih di bawah pemerintahan DAP. Dari rajah di atas, wajiblah kita rakyat negeri Perak untuk kali ini, keluar beramai-ramai mengundi , tidak seperti PRU 12 yang diwarnai sabotaj, undi protes dan sejumlah 300,000 pengundi negeri Perak yang tidak keluar mengundi.
Kali ini, pilihanraya umum benar-benar berbeza dengan pilihanraya umum yang lalu. Solidariti rakyat semakin meningkat dalam menyokong pihak yang benar-benar berkeupayaan mentadbir. Rakyat Perak telah mendapat pengajaran yang sangat bermakna dalam pilihanraya yang lepas.
Gelombang turun mengundi semakin kuat. Peratusan keluar mengundi kali ini dipercayai mampu melebihi angka 90%. Rakyat mahukan kerajaan yang kuat. Tetapi rakyat juga telah faham bahawa di zaman media sosial ini, kerajaan yang kuat pun tidak boleh lagi melakukan sesuka hati.
SELASA, JANUARI 06, 2009
UMNO Tiang Negeri Perak?
Mungkin ianya kebetulan atau ianya gambaran bahawa penentangan terhadap penjajahan akan bermula di Sungai Perak, tempat bermulanya kerajaan Perak kira-kira 500 tahun dahulu, yakni 350 tahun sebelum kedatangan imigran Cina dan Tamil.
Hari ini, secara simboliknya, penguasaan politik UMNO, parti bumiputra atau lebih molek disebut keturunan asal rakyat sultan, seakan-akan membentuk kerangka kepada negeri Perak dan menjadi tiang penegak negeri itu walaupun keturunan asal rakyat Sultan Perak kini dipencilkan demi menaikkan penguasaan kaum Cina yang telah diterima menjadi rakyat Perak kurang 60 tahun lalu.
UMNO menguasai sepanjang Sungai Perak melebihi 300km merentas negeri itu dan membahagikannya kepada dua bahagian.
Sepertimana penentangan terhadap British yang berlaku di pinggir Sungai Perak, penentangan ke atas kerajaan boneka pimpinan parti sosialis Cina mungkin bermula dari kekuatan tulang yang menjadi asas tegaknya negeri Perak.
Walaubagaimanapun ianya merupakan satu kebetulan yang menggambarkan kekuatan bagi sebuah kebangkitan.

No comments:
Post a Comment