Beberapa orang dari kumpulan rakyat negara ini yang berang telah mula mengadakan protes di hadapan Kedutaan Filipina di KL. Mereka membawa sepanduk yang bernada anti-Kiram dan kecaman kecaman keras ke atas Jamalul Kiram.
Selain itu, Facebook milik Datu Asree Sug, "Menteri Belia & Sukan" Sulu Darul Islam membuka tawaran kepada orang ramai yang menyokong Sulu Darul Islam pimpinan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II agar menyertai demonstrasi aman di Kedutaan Filipina pada satu tarikh yang belum ditetapkan bagi membantah dakwaan bahawa warga Tausug adalah warga Filipina.
NAMUN LEBIH PELIK PULA,
Seorang selebriti Twitter yang bernama @klubkiddkl menyeru agar umat Islam menyertainya selepas sembahyang Jumaat esok bagi meletakkan KALUNGAN BUNGA, JAMBANGAN BUNGA dan KUNTUMAN BUNGA di Kedutaan Filipina sebagai tanda damai.
YANG MENGHAIRANKAN IALAH, JAMBANGAN BUNGA ITU BIASANYA MELAMBANGKAN TAKZIAH atau TAHNIAH bagi non-Muslim di negara ini dan tindakan "DAMAI" kononnya itu MUNGKIN SAHAJA akan ditafsirkan sebagai "TAKZIAH" oleh tafsiran antarabangsa.
TAKZIAH KEPADA SIAPA? Jika kepada perwira, maka simboliknya ialah TUGU NEGARA. Jika kedutaan Filipina, SIMBOLIKNYA APA? TAKZIAH DAN SIMPATI ATAS KEMATIAN PENCEROBOH? Apa agenda sebenarnya ni?
Macam macam hal dengan manusia yang selama ini sibuk dengan dunia gemerlapan sendiri, tiba-tiba melompat ke dunia politik dan diplomasi. Boleh jadi salah cara, maka mohon diperbetulkan.
No comments:
Post a Comment