Khamis, Mac 07, 2013

Sabah Timur Diletakkan Dalam Zon Keselamatan Khas - PM

LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Kawasan itu merangkumi daerah Sandakan, Semporna dan Lahad Datu.

Kata Perdana Menteri, keputusan berkenaan telah dipersetujui oleh kabinet dalam mesyuaratnya semalam.

" Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa meskipun operasi (terhadap kumpulan) ini akan berakhir tetapi soal keselamatan dan kedaulatan Sabah akan kita pertahankan," katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu.

Jelas Najib, kabinet juga bersetuju untuk menambah kekuatan pasukan keselamatan sedia ada dengan mengerahkan lima batalion tentera dan polis ke zon khas itu.

Operasi kawalan keseluruhan zon berkenaan akan berpusat di Lahad Datu.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL


Berita mula diterbitkan pada: Mac 07, 2013 16:14 (MYT)



1 ulasan:

satu kapai berkata...

Tahniah PM ... rancangan yang paling tepat... HIDUP NAJIB