Friday, March 15, 2013

Pasar Payang Kuala Terengganu Jadi Isu



Perkhabaran Pasar Payang, Kuala Terengganu akan diruntuhkan untuk pembangunan semula menjadi heboh di dunia maya sehinggakan ada usaha mengutip petisyen membantah projek tersebut yang dinilai seharusnya melibatkan penataan semula, tambah baik dan ubahsuai yang lebih mencantikkan, membersihkan dan memodenkan binaan sedia ada.

Entahlah sama ada betul atau tidak kerja menaiktaraf tersebut melibatkan operasi meruntuhkan. Entah-entah ada pihak yang berkepentingan yang sengaja mahu menjadikan hal ini heboh pada asas politik kerana pengumuman penaiktarafan pasar tersebut dibuat oleh PM beberapa ketika lalu.


Cultural, Art and Heritage lovers: Selamatkan Pasar Payang Warisan Kita

    1.  
    2. Petition by

     
  1.  

From the Board Acting members of Save Pasar Payang-Our Heritage Campaign, our intention is to invite you to sign our Petition as to object the end of 2013's Agenda on Destroying our one and only Finest Historical Bazaar/ Market in Kuala Terengganu. However, we are 100% supporting the intention of developing, repairing the damage or renovate it to be much safer also convenient enough and to set the record straight we have nothing to do on a side of any Political Interest because it is strictly for the sake of Preserving Heritage, not Destroying the Heritage. 
Dedicated to the art lovers,entrepeneur and everyone!
dengan menurunkan tanda disini bermakna anda berserta dengan Badan Bertindak Selamatkan Pasar Payang Warisan Kita, yang membantah rombakkan Pasar Kedai Payang sebaliknya bersetuju jika ianya dibaik-pulih sahaja, serta menyokong 100% pembangunan apapun ditempat lain(yang munasabah dan sesuai) tanpa menjejaskan tapak Warisan-warisan Negeri Terengganu itu sendiri (sepertimana yang telah terjadi kepada Ladang Tok Pelam dimana sebelum ini terkenal sebagai salah satu perkampungan yang menghasilkan Kraftangan Tradisional-kini sudah tiada).
Kepada pencinta Seni, pembela Warisan budaya Melayu dan lain-lain.
Petisyen tersebut boleh dilihat di SINI.

2 comments:

Anonymous said...

org teregganu tak layan pun benda bodoh ni, 2-3 minggu lepas derang ni bersama raja baharin buat demo kat depan pasar kedai payang ni.... punyaaa laa ramai yg join. tak sampai 20 orang hahahaaaaa.. kelakar.. pembangkang dah ketandusan isu di terengganu.

Anonymous said...

Dah uzur sgt...mmg patut diganti dgn sesuatu yg lbh moden selesa dan nmpk peniaga berjaya.