Thursday, March 14, 2013

Kenyataan IGP Tentang Pencerobohan Bersenjata Pada 14 Februari 2013

Ini adalah singkapan kembali laporan mula insiden pencerobohan bersenjatadi Lahad Datu.

Sesiapa boleh boikot apa sahaja asalkan jangan hujung-hujungnya, pemboikotan itu menjadikan mereka BODOH sekejap. Inilah berlaku kepada 'pemboikot Utusan Malaysia' dan 'pemboikot Buletin Utama' apabila menghadapi insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Akhirnya mereka terpinga-pinga ketika berlaku pertempuran dengan puak penceroboh. Pada masa yang sama ada diantara mereka menyebut mengapa pencerobohan ini tidak didedahkan. Mengapa mengambil masa yang lama untuk menghapuskan.

Malaysia negara berdiplomasi dan masa diberikan untuk rundingan lebih dari mencukupi. Tambahan pula mereka bukan melalui jalur rasmi, lebih parah, masuk secara haram bersenjata api.

Ini adalah laporan paling awal yang dikeluarkan di Utusan Malaysia susulan kenyataan rasmi Ketua Polis Negara iaitu pada 14 Februari 2013. Dua minggu sebelum pertempuran bermula dengan penipuan 'bendera putih' oleh penceroboh bersenjata. 

Adakah dengan membaca Harakah dan menonton TV Selangor, segala ini akan disiarkan? Pembodohan pilihan sendiri bah itu .

ARKIB : 14/02/2013

Kenyataan Ketua Polis Negara, pencerobohan kumpulan bersenjata

ADALAH dimaklumkan bahawa pada pagi Selasa 12 Februari 2013, sekumpulan orang asing yang bersenjata api telah menceroboh masuk ke kawasan Lahad Datu, Sabah. Kemasukan ini adalah berikutan daripada masalah yang berlaku di Selatan Filipina.

Pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletakkan senjata serta menyerah diri.

Keadaan kini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang.

(TAN SRI ISMAIL OMAR)
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

No comments: