Tuesday, March 19, 2013

Krisis Lahad Datu : Kerjasama Pembangkang Dua Negara?


Mungkin ini sebabnya Kiram masih belum disabitkan kesalahan. Kiram si miskin yang bodoh dan naif. Diperdaya oleh satu pihak lagi yang kaya, bijak dan paling sahih, PEMBANGKANG yang bernaung di bawah United Nationalist Alliance yang dipengerusikan Joseph Estrada.

Mungkin atas sebab inilah pihak Filipina belum bertindak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya atas pencerobohan bersenjata pihak Kiram ke atas kedaulatan Malaysia. Jadi siapa yang sedang diburu dalam senyap di Filipina?

Simpati yang diterima Kiram di Filipina rata-rata dari kelompok pembangkang! Mungkin sahaja penarikan balik sapina ke atas Kiram dalam isu ini berkait dengan parti pembangkang United Nationalist Party sendiri yang mana Presiden parti tersebut, Jejomar Binay, kini menjawat Timbalan Presiden Filipina! 
Also on Monday, former senator Richard Gordon, who is running for the Senate under the opposition United Nationalist Alliance banner, urged President Aquino to bring the sultan to the Palace for talks. “There’s no need for him to ask for an apology. He should tell everybody to calm down and assured them that he will protect them,” said Gordon. He brushed aside any need for emissaries. “He (the President) should be the one to do the talking because he created the noise, which was really wrong,” Gordon said. He also dismissed the talks with Roxas as mere propaganda. “That’s where the administration is good– in propaganda. They will destroy the Kirams,” he said.
Selain itu pertemuan Kiram dengan Misuari turut diiringi pemuka-pemuka United Nationalist Alliance seperti yang dilaporkan PhilStar.com edisi 4 Mac 2013 :
Gonzales along with Moro National Liberation Front (MNLF) chairman Nur Misuari, President Aquino’s uncle Jose “Peping” Cojuangco and his wife, United Opposition Alliance (UNA) senatorial candidate Margarita “Tingting” Cojuangco are being suspected of instigating Kiram's decision to send his army to Lahad Datu last February 11 to insist their claim over Sabah.
Kritikan dari pemimpin United Nationalist Alliance terus mencurah seperti laporan Global Inquirer pada 13 Mac yang menuduh Malaysia melayan pendatang Filipina dengan kejam selepas kejadian pencerobohan tersebut.
Sen. Gregorio Honasan, the chairman of the Senate committee on public order, said Malaysian reassurances were no longer enough. He said Malaysia should allow Philippine observers or those from a third party to look into the plight of Filipinos in Sabah. “This is no longer about our claim over Sabah. This has become an international issue and the Malaysian government should show what’s true and what’s not. We need more than reassurances,” Honasan told the Inquirer. “[Malaysia] should allow a third party or our officials to check on the condition of these alleged victims of torture and violations of human rights because Filipinos are involved,” he said. Escudero and Legarda are running for reelection under the administration coalition Team PNoy led by President Aquino, while Honasan is part of the opposition United Nationalist Alliance of Vice President Jejomar Binay, Senate President Juan Ponce Enrile and former President Joseph Estrada.


Mengapa Anwar Ibrahim masih tidak mengecam pencerobohan ini? Mengapa? Menjaga hubungan baiknya dengan Joseph Estrada?  Lebih menarik, parti ini sedang dalam agenda meraih sokongan rakyat Filipina dalam pilihanraya pertengahan penggal pada pertengahan tahun ini. Malah Jejomar Binay juga berkemungkinan akan menentang Benigno bagi jawatan Presiden pada tahun 2016 jika tidak Estrada sendiri. 

Mungkin sahaja mereka dirugikan oleh perjanjian damai Benigno Aquino - Murad Ebrahim (dibaca Filipina - MILF) yang dianjurkan Malaysia dari segi peluang-peluang seperti mana Nur Misuari dari MNLF merasa rugi dalam bentuk kuasa.

Adakah ini caranya United Nationalist Party untuk meraih sokongan rakyat Filipina? Dengan cuba  memanaskan isu 'nasionalis melulu' dan 'patriotisma tanpa undang-undang? Menggunakan kuasa feudal yang tiada apa-apa kuasa dalam negara republik, untuk memalukan Presiden Benigno supaya Benigno kelihatan tidak patriotik?

Persoalannya, di pihak Malaysia tentulah ada  yang "memberi greenlight"? Siapa kawan baik Estrada ? Siapa yang enggan mengecam pencerobohan ini kononnya demi menjaga hati 'rakan-rakan di Filipina'. 

Bukankah tidak menjadi isu andai Ketua Pembangkang negara ini mengutuk sekerasnya pencerobohan ini dan mengambil langkah untuk bersama menyelesaikannya bersama-sama kerajaan tanpa perlu merancang untuk BERLAKON HERO demi untuk mendapat nama?

Tidak hairanlah apabila perbincangan pihak penceroboh dengan pihak polis bulan lalu mendedahkan mereka mahu bertemu personaliti politik negara ini. Agaknya, selepas bertemu, kenyit mata, mereka pulang dan si dalang ini akan dilihat sebagai hero menyelesaikan kemelut. Satu permainan politik yang menguntungkan pembangkang di negara ini dan pada masa yang sama, pembangkang di Filipina juga mendapat untung.

Kedua-dua pihak bakal berhadapan pilihanraya. Malaysia sebelum April 2013 berakhir dan Filipina sebelum Jun 2013 berakhir.

Malangnya, itu tidak menjadi. Kini Filipina meletak Kiram ke tepi. Kiram hanya si bodoh yang dipergunakan. Dia sendiri mungkin sahaja tidak tahu bahawa dia sedang dipermainkan. Dalang  kini berpeluh dahi. Rancangan tak menjadi. Terfikir pula apakah akan ada permohonan ekstradisi ke atasnya. Nampaknya, Tian Chua lah harus disalahkan kerana memberi 'hint' terlalu awal. Terlalu awal sehingga rakyat meneroka internet untuk mencari akar sebenar persoalan yang tidak difahami selama 3 minggu rundingan dibuat antara pihak polis dan pihak penceroboh.


No comments: