Khamis, April 25, 2013

35 Pengganas Kiram Mati, 2 Anggota Keselamatan Terbunuh

Seramai 35 orang pengganas Kiram dan 2 anggota keselamatan terbunuh dalam pertempuran di laut dalam wilayah Filipina, Sabtu lalu. Kejadian pertempuran antara pengganas dan pihak keselamatan Filipina tersebut berlaku  ketika pihak berkuasa Filipina menghalang gerombolan pengganas dari masuk ke Malaysia untuk melakukan serangan dan mengganggu proses pilihanraya umum.

Kementerian Pertahanan sahkan 35 pengganas Kiram ditembak mati

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

PULAU PINANG 25 April - Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan sebanyak 35 lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan lelaki tersebut ditembak mati Tentera Laut Filipina ketika cuba memasuki perairan negara.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif hari ini melaporkan pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu.

Menurut sumber, kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber tersebut memberitahu, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," kata sumber itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130425/dn_17/Kementerian-Pertahanan-sahkan-35-pengganas-Kiram-ditembak-mati#ixzz2RS2vTNKJ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 ulasan:

Nasir Rizah berkata...

Takziah atas kehilangan 2 angota tentera filipina.Mereka hero philiphine juga hero kita
Pengorbanan mereka untuk kesejahteraan Malaysia perlu juga diberi penghargaan

Tanpa Nama berkata...

Tian chua tak nak kata ini semua "wayang" kerajaan filipina ke?