Khamis, April 25, 2013

Lagi Bilik Gerakan BN Dilempar Bom Petrol. Kali Ini di Ipoh

Bilik gerakan BN di Buntong dilempar bom petrol
 
Bilik gerakan BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Jalan Desa Rishah, Buntong di Ipoh nyaris terbakar dipercayai dilempar bom petrol atau 'molotov cocktail' oleh tiga lelaki berumur lingkungan 20-an awal hari ini. 
    
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian kira-kira 5 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan yang berada di dalam bilik gerakan terbabit.
    
"Pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu sempat memadam api yang terkena beberapa bendera BN. Bagaimanapun hanya sedikit kerosakan kerana botol yang mengandungi petrol itu tidak terbakar sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.
    
Beliau berkata suspek yang menaiki kereta Nissan Sentra merah cuba melarikan diri apabila Pasukan Khas Cantas yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu hendak menahan mereka.
    
Selepas dikejar, kereta suspek terbabas di kawasan sejauh lima kilometer dari bilik gerakan dan ketiga-tiga lelaki itu sempat melarikan diri, katanya.
    
Mohd Shukri berkata pemeriksaan ke atas kereta suspek menemui dua lagi bom petrol serta lima bilah parang.
    
Katanya kenderaan terbabit merupakan kereta curi yang berkaitan dengan laporan kehilangan kereta di Kota Damansara sebulan lalu.
    
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan politik selain mahu mendatangkan ketakutan kepada penduduk setempat serta pendekatan untuk melakukan sabotaj bagi menggagalkan proses PRU13.
    
"Ini merupakan kejadian pertama berlaku di Perak. Saya memandang serius kejadian ini dan saya berharap semua pihak tidak melakukan tindakan sedemikian kerana boleh menjejaskan keselamatan," katanya.
    
Polis, katanya, sentiasa memantau semua bilik gerakan parti politik bagi menentukan tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
---------------------------------------

Bilik gerakan BN Buntong dilempar bom petrol

25/04/2013 3:25pm

IPOH - Bilik gerakan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Jalan Desa Rishah, Buntong di sini nyaris terbakar dipercayai dilempar bom petrol atau 'molotov cocktail' oleh tiga lelaki berumur lingkungan 20-an awal hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kejadian kira-kira 5 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan yang berada di dalam bilik gerakan terbabit.

"Pengawal keselamatan yang menyedari kejadian itu sempat memadam api yang terkena beberapa bendera BN. Bagaimanapun hanya sedikit kerosakan kerana botol yang mengandungi petrol itu tidak terbakar sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek yang menaiki kereta Nissan Sentra merah cuba melarikan diri apabila Pasukan Khas Cantas yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu hendak menahan mereka.

Selepas dikejar, kereta suspek terbabas di kawasan sejauh lima kilometer dari bilik gerakan dan ketiga-tiga lelaki itu sempat melarikan diri. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz2RSZuThi0 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan: