Tuesday, April 23, 2013

6 lelaki bersenjata ditahan turunkan bendera 1Malaysia di Pulau Pinang

Sebelum ini tersebar kisah perkaitan kerajaan Pulau Pinang dengan kumpulan kongsi gelap. Apa pula dengan kes di bawah ini. Adakah ianya penzahiran yang mula terungkap?

6 lelaki bersenjata ditahan turunkan bendera 1Malaysia

PULAU PINANG 22 April - Polis menahan enam lelaki bersenjata kerana menurunkan bendera yang mempunyai logo 1Malaysia di Persiaran Bayan Indah, Queensbay, Bayan Baru di sini awal pagi ini.

Mereka yang berusia di antara 18 dan 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis selepas menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 4.30 pagi.

Jurucakap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, mereka mengaku diupah pihak tertentu untuk menurunkan bendera 1Malaysia.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki mereka turut menemui sebilah kapak, tiga bilah parang pelbagai saiz dan lebih 20 bendera sebuah parti pembangkang.

"Mereka yang ditahan berasal dari Georgetown serta Nibong Tebal dan polis telah mengambil keterangan mereka.

"Kita juga masih menyiasat siapa yang mengupah mereka dan motif kumpulan berkenaan membawa senjata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Roslee memberitahu, polis turut menahan lima lelaki kerana memiliki pelbagai senjata merbahaya ketika memasang bendera sebuah parti politik di Jalan Kampung Benggali, Butterworth awal pagi ini.

Jelasnya, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 24 tahun dan mendakwa diupah sebanyak RM80 sehari.

"Polis berjaya merampas enam bilah parang panjang yang disorokkan dalam but kereta dinaiki mereka," ujarnya.

Kata beliau, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130423/je_01/6-lelaki-bersenjata-ditahan-turunkan-bendera-1Malaysia#ixzz2RGulPMvJ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

4 comments:

مهمد شفاريز said...

Lor,amek info dari utusan meloya rupenye

Korang tahu tak,?
pong pang pong pang dalam perlimen.. sudahnya GST 6% berjaya diluluskan akhirnya.. siapa yang beria ia luluskan? Be End....So FAKTA parlimen menunjukkan.. sekiranya BN memenangi PRU13.. maka GST 6% akan dilaksanakan serta merta..sebab sudahpun diluluskan.Kalo x cya g la beli brang di tsco..

Siapa si Idris Jala ni?
Beliau nama Macam Melayu Islam.. Tetapi beliau ni KAFIR.. agamanya Kristian..Beliaulah yang membawa masuk kitab Injil bahasa melayu.. ini FAKTA.. Buku tersebut masuk ke Pelabuhan Klang.. dan KDN dibawah umno iaitu Nazri Aziz MELULUSKAN buku berkenaan....Namun apa yang berlaku?PAS dituduh mempergunakan nama Allah.. sakan puak2 khaldai LemVUNNO nio berdemo marahkan PR..Yang bawa masuk.. yang meluluskan semua ni relek jer MENIPU KORANG.. yg korang pulak berpeluh peluh berdemo tengah panas kena tipu bulat bulat!!

Kan ke bodoh namanya?

IPOH MALAY said...

Benak hati anak anak ko sok, dapat bapak kaki bodohkan orang tapi diri sendiri bodoh. Kesian demer.

مهمد شفاريز said...

Biar benak asalkan x diheret ke neraka kelak

Anonymous said...

11 Ditahan Di Pulau Pinang Bawa Senjata Ketika Pasang Bendera

GEORGE TOWN, 22 April (Bernama) -- Seramai 11 lelaki ditahan kerana membawa senjata berbahaya ketika memasang bendera parti di Bayan Baru dan Butterworth awal pagi Isnin.

Jurucakap pilihan raya polis kontinjen negeri, ACP Roslee Chik berkata pihak polis menemui sebilah kapak dan tiga bilah parang pelbagai saiz selain puluhan bendera parti dalam kereta yang dinaiki enam lelaki berusia antara 18 hingga 37 tahun di Queens Bay, Bayan Baru kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Mengikut laporan awal yang kita terima, suspek dikatakan menurunkan bendera parti lawan sebelum memasang semula bendera parti mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lima lelaki lagi yang berusia antara 18 hingga 24 tahun ditahan pula di tempat parkir Jalan Kampung Benggali, Butterworth pada pukul 2.28 pagi.

Hasil pemeriksaan, polis menemui enam bilah parang panjang yang disembunyikan dalam kereta mereka, katanya.

Roslee juga berkata siasatan awal mendapati mereka telah diupah memasang bendera dengan bayaran RM80 sehari dan baru selesai menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu polis menurunkan kain rentang di Bukit Minyak pada Jumaat lepas yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan provokasi yang kononnya dipetik dari kenyataan bekas pegawai tinggi polis dan tentera.

Roslee berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Beliau berkata setakat ini 114 laporan polis telah dibuat berkaitan pelbagai isu pilihan raya dan daripada jumlah itu, 26 laporan kertas siasatan telah dibuka.