1. Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.
2. Rakyat umur 18 ke atas baru boleh memilih agama.
3. Bukan Islam boleh masuk masjid tanpa menutup aurat.
Tiga hal ini adalah serlahan anutan Islam liberal Anwar yang dapat kita saksikan. Lihat pula petikan temubual dengan Ketua Umum Front Pembela Islam, merangkap Mufti Sulu Darul Islam, Habib Rizieq berhubung Anwar Ibrahim.
Kenapa Anwar dikaitkan dengan fahaman liberal?
Memang Anwar kalau datang ke Jakarta, dia banyak berkumpul bersama-sama kelompok liberal. Kita orang Indonesia, kita tahu siapa orang Indonesia yang liberal dan siapa yang bukan.
Kita tidak faham apakah Anwar tahu mereka liberal atau tidak? Tetapi yang jelas, datangnya Anwar ke Indonesia lebih banyak berkumpul dengan kelompok-kelompok liberal. Kelompok yang memang di Indonesia ini bermasalah dan selalu buat masalah.
Salah satu buktinya adalah apabila Anwar menyertai dialog di Komunitas Salihara, Jakarta. Salihara itu adalah komuniti liberal yang memperjuangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Indonesia.
Jadi saya fikir sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengatakan dalam satu hadis, kalau kita mahu tahu seseorang itu, lihat siapa kawannya. Kalau dia berkawan dengan liberal, pemikirannya akan terpengaruh ke sana.
Bagaimanakah pemikiran golongan liberal Indonesia?
Pemikiran-pemikiran liberal yang saya sebut, di Indonesia sudah sampai setakat itu pemikiran liberalnya. Jadi orang seperti dalam pimpinan Jaringan Islam Liberal Indonesia, pimpinan majalah (isu semasa) dan lain-lain, pemikiran liberal mereka sudah sampai setakat itu, yang empat itu. Kerana itu kita tolak, kerana itu semua bertentangan dengan ajaran Islam.
Bagi liberal di Indonesia, orang lelaki berkahwin dengan lelaki dan perempuan berkahwin dengan perempuan, itu hak asasi manusia.
Perjuangan kelompok liberal sudah sampai sehingga ke Parlimen dan berupaya mendesak supaya wujud satu undang-undang yang membolehkan LGBT dan perkahwinan sejenis disahkan dan mendapat surat nikah.
Tetapi kita NGO-NGO Islam terus melakukan perlawanan dan sampai hari ini mereka belum berhasil meluluskan undang-undang itu. Kita akan lawan terus dan tidak akan boleh berhasil.
Tokoh-tokoh yang memperjuangkan itu adalah kawan-kawan Anwar. Saya tidak faham, apakah Anwar tidak tahu mereka ini adalah tokoh-tokoh pejuang liberal di Indonesia atau memang Anwar faham, kemudian mewujudkan satu rangkaian dengan mereka. Wallahualam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130422/re_03/Bimbang-liberal-pembangkang#ixzz2RKxuTP3z
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment