Wednesday, April 10, 2013

Gara-gara Terminal Amanjaya, Tambang Naik, Penumpang Tanggung



Terminal Amanjaya merupakan hentian bas ekspres yang mula digunakan sepenuhnya  pada 9 April 2013 di Ipoh. Ipoh? Bukan. Di Jelapang. Kedudukannya kira-kira 11 km dari pusat bandaraya Ipoh. Berbeza dengan TBS di Bandar Tasik Selatan yang boleh dihubungi melalui LRT, KTM Komuter dan KLIA Transit, belum ada pengangkutan seumpamanya yang menghubungkan Terminal Amanjaya ke pusat bandaraya Ipoh.

Terminal ini mendapat pujian dari penduduk Ipoh - yang tidak menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Ini kerana, bagi pengguna perkhidmatan bas ekspres, ia merupakan satu beban tanpa konsultansi apabila mereka disusahkan sejauhnya dari pusat bandaraya.

Bayangkan mereka yang tiba di sini dan perlu mengambil pengangkutan awam untuk pulang ke rumah. Itu merupakan bentuk hidup malang mereka setelah bas ekspres beroperasi di Terminal Amanjaya. Bukan itu sahaja, emel dari seorang sahabat yang berulang alik Ipoh ke Putrajaya setiap minggu menunjukkan bahawa kerana kedudukan terminal tersebut, tambang bas ekspres telah naik. 

"Sudahlah dibina stesen bas ekspres sejauh itu tanpa menitikberatkan aksesibiliti penumpang dengan integrasi pengangkutan awam setempat, kini kenaikan tambang harus kami tanggung."

"Apa perlunya stesen bas ekspres dipindahkan ke 'bandar pentadbiran' nun di luar pusat bandar? Kita tak nampak kenapa penumpang yang hendak ke Lembah Klang mesti turun di Putrajaya. "

Persoalan juga berkisar mengapa tiada hentian untuk turun bas di buat di sepanjang jalan sisi antara Ampang hingga Jelapang. Logik kah jika seorang yang tinggal di Simpang Pulai perlu berpatah balik 20km untuk pulang ke rumah jika dia pulang dari Kuala Lumpur?

Pihak kerajaan negeri harus menjawab keluh kesah masyarakat ini. Yang merancang, yang memuji dan yang menyokong, bukanlah pengguna bas ekspres. Mereka hanya akan merasa permasalahan ini apabila mereka berulang alik ke ibukota setiap minggu seperti ribuan yang lain.

Untuk rekod, pengguna pengangkutan awam kalangan orang Ipoh yang bekerja dan belajar di Lembah Klang mencecah 7,000 hingga 10,000 orang setiap hujung minggu. Suku daripada mereka menggunakan keretapi elektrik ETS. Selebihnya menggunakan bas.


Jadual jarak bagi saranan pembinaan hentian bas ekspres Ampang di Tol Ipoh Selatan



27 comments:

Scania880 said...

Salam, jangan emosi.. terminal bas ekspres memang wajar diletakkan jauh dr pusat bandar, berdekatan dengan jajaran lebuh raya supaya kelancaran menghantar dan mengambil penumpang tidak terganggu, terutaman musim cuti.(Jln Duta, Terminal Bandar Tasik Selatan)

Terminal baru IPOH ini amat memudahkan trip/route bas ekspres yg menuju ke utara/selatan untuk turun dan ambik penumpang. Sebelum ini penumpang dari Utara ke Selatan (atau sebaliknya) tertekan dan merungut dengan syarikat2 BAS yg suka singgah di IPOH, membuang masa melayan kesesakan ke Medan Gopeng, traffic light yg diprogram tidak cerdik, persekitaran yang kotor, tidak berkemudahan.

Syarikat BAS pula perlu tampung 'kerugian' perjalanan bagi trip sbg contoh KL-PG, KL-AS, AS-JB yg kekurangan penumpang dengan singgah di IPOH.. malangnya sebelum ini penumpang dr negeri lain MELUAT dgn sistem singgah ini. faktor masa, dan kemudahan. Akhirnya banyak company bas rugi.

Kita perlu faham perkhidmatan bas ekspres sebelum nk komen.. kena naik bas baru tahu.. jangan fikri org IPOH shj.. fikir routing bas perjalanan syarikat bas..

Pembangunan kawasan baru terminal bas ekspres mengambil sedikit masa, dan jaringan pengangkutan awam dan kemudahan akan dipertingkatkan apabila terminal itu sudah berfungsi.

Pemikiran yang mahukan terminal yang berada dlm hiruk pikuk kesesakan bandar cukup membosankan dan menyusahkan. ditambah pula dengan ciri-ciri bas ekspres berkuasa besar dan double-deck tidak selesa untuk berada di lokasi yang sesak.

Harapan kita ialah pihak berkuasa memantau dari segi company bas lintah ini yg ambil kesempatan atas apa jua ruang untuk untung banyak.

Sekadar pandangan

IPOH MALAY said...

jangan kira mereka yang kadangkala menggunakan khidmat ini. ada yang berulang alik KL - Ipoh setiap hari. justifikasi mereka tak sama. bukankah Ipoh Sentral yang diwawarkan dulu merupakan lokasi paling ideal? orang kita hanya sedikit shj yg naik bas. pelancong asing? negara yang menarik lebih 20 juta pelancong asing setahun patut mempunyai sistem pengangkutan bandar terintegrasi? mcm mana nak promote railway ipoh sbg hab ke cameron highlands, pangkor dan kelantan kalau camni..? anda harus sedar, penumpang juga rakyat. yang nak dimudahkah pemandu bas atau penumpang bas? bas bergerak angkut siapa? penumpang ke ? himpunan para pemandu bas ke? juga sekadar pandangan.

Anonymous said...

Sokong scania880...pembangunan luar bandar ini telah memberi peluang kepada yang bersinergi di kawasan sekitarnya...terminal amanjaya utk arah utara..n diberitakan hentian rtc sedang dlm pembangunan utk terminal arah selatan sepertimana pudu & tbs

IPOH MALAY said...

semoga artikel ini mempercepatkan kehadiran prasarana pengangkutan awam dalam bandar bagi kemudahan penumpang tetap bas ekspres. bayangkan tambang bas KL - Ipoh RM19 . Teksi ke rumah RM25 . Sapa peduli sinergi? Orang fikir apa yang mudah shj. Kalau dibuat bas berhenti henti dari gunung rapat ke meru raya melalui jalan persekutuan jajaran PLUS ampang - jelapang PADA MASA YANG SAMA TERMINAL INI DIBUKA, tentulah tak menjadi isu. setidak2nya beberapa hentian bas dilokasi strategik. Pembangunan tak salah. Tetapi pengabaian kepetingan masyarakat itu yang salah. kita ada kereta, kita boleh berkata2. mereka yang tak ada kereta. nasibnya di mana?

Anonymous said...

Dulu ...hampir 30thn pddk JB merungut apabila pihak MPJB membentangkan cadangan memindahkan terminal bas ekspress jauh dr pusat bandar ... berpindah ke Larkin. MBJB masih meneruskan perancangannya dan melaksanakan projek tersebut antara 10-15thn kemudiannya.
Kini...saya rasa pnddk JB bersyukur byk2 sbb jika tidak dipindahkan, bandaraya JB akan mengalami kesesakan luar biasa. Fikirkanlah dalam situasi 10-20thn akan datang.
Sekarang ...apabila diletakkan JB Sentral bersebelahan Melaka Sentral terasa sgt yg Melaka tu corai sesangat dan kampungan.
Rakyat Perak harus mengubah persepsi kelam bandaraya Ipoh yang masih memiliki aura penjajahan British. Tak terasa seronok nak ronda2 Ipoh sebab imejnya sama mcm dulu2.
Rasanya ... Jgn setakat mengkritik apa kerajaan negeri buat tapi ubahlah Adun yang mewakili rakyat bg bandaraya Ipoh?
Tentu tuan faham maksud saya?

IPOH MALAY said...

saya rasa Larkin dan pusat JB tak sampai 11 km. dan Larkin masih berada ditengah.

Mengubah parti politik memberi impak apa? Yang merancang kerajaan BN.. Yang pecah tanah kerajaan DAP.. yang merasmikan kerajaan BN.. adakah saya perlu undi Parti Demokrat indonesia?

Fahami isu. Geografi tak sama. peta disediakan.

Anonymous said...

X yah nak bertekak ipoh malay tu , die je btul. Bg bape byk fakta ngan bukti pun x der bezanyer.

Anonymous said...

Klu x der kepentingan tuk die wat per die nak ubah slagi mashyuk.

Anonymous said...

Undi ler dacing putus sebelah.

IPOH MALAY said...

miker rumah ada cermin? takde bior teman belikan.

Anonymous said...

Huhu..ipoh malay ni cm politik je lebey..cume tak straight forwrd je...berkias2 plak...hahahaa..rakyat la...jauh la..mcm2...

Anonymous said...

kawan saya dok meru..dia cakap bukan angkut teminal bas ke area sana saje...malah angkut jem sekali..mana tak nye bangunan kerajaan kat sana..mall kat sana..nie teminal bas pun kat sana..mmm macam mana nie.mmm satu lagi orang dok jauh macam saya kat medan gopeng..hanya ada sebiji motor..suami jauh..so kalau terpaksa pergi KL dan terpaksa sampai malam ke ipoh sape nak tnggung resiko pulak naik motor malam2 ikut highway balik rumah..

CikAnna said...

Setiap orang ada cadangan dan pandangan masing-masing. Mungkin bagi yang tinggal terlebih di bahagian selatan contohnya ampang, gopeng dan seangkatan dengannya perkara ni menyusahkan mereka. Tapi tak semua orang nak duduk dalam kesesakan mcm tu. Tapi dah berapa lama terminal gopeng tu di sana? Masa tu, ada terfikir tak macam mana keadaan penduduk di kawan luar bandar seperti yang anda kata, sanggup berulang keluar dari kawasan mereka utk ke pekan yang jauh dan sesak dengan terpaksa buat pusing u dengan jem yang teruk. Rasanya anda tak pernah terintas perkara itu dalam fikiran kan? So, sudah-sudah la. Setiap apa yang dibuat ada pro's and cont's. Mungkin kebaikan tak nampak pada masa sekarang, tapi pd masa akan datang, kita belum tau lg. Peace! Y

Anonymous said...

saya faham apa yang dikatakan oleh admin.. bagi saya, terminal medan gopeng tu sudah cukup strategik utk dibangunkan lagi sbg hub bas dan pengangkutan awam.. bagi saya, isunya di sini bukannya asyik pindah terminal itu satu penyelesaian, tapi kena kukuhkan pengangkutan awam intrakota dahulu.. takda guna terminal cantik2 tapi pengangkutan intrakota tak cantik.. cthnya terminal bersepadu selatan di bandar tasik selatan patut dicontohi.. bukannya meniru perkara sama yang terjadi kepada terminal jalan duta..

dan juga isu kenaikan harga tambang di aman jaya seharusnya tidak berlaku.. para pengendali bas expres tak boleh double standard antara amanjaya dgn medan gopeng.. kerajaan negeri sepatutnya memantau segala aktiviti pengendali bas seperti apa yang berlaku di terminal bersepadu selatan. pemimpin2 harus faham semua ini dibina utk kemudahan rakyat.. jadi perlu mengambil kira rakyat yang menggunakan bas, juga rakyat yang bergerak di sekeliling dan tinggal di sekeliling (supaya tidak ada komplen jam)..

ramai yang tak phm isu yg diketengahkan oleh admin bahawa bukan membina satu terminal canggih yg dijadikan isu, tapi kalau terminal tu dicampak ke luar dan akses keluar masuk terminal itu sukar dicapai, susahlah rakyat marhaen. sebab itu pengankutan awam intrakota patut dikemaskinikan.. dan juga isu kenaikan tambang yg menampakkan double standard itu patut disiasat. salam

Anonymous said...

pendapat admin adakalanya logik... kenapa kerajaan tak kekalkan medan gopeng hanya ke selatan manakala terminal amanjaya untuk ke utara dan pantai timur.... buat macam di kl yang mana terminal puduraya dan jalan duta ke utara, terminal putra dan titiwangsa ke pantai timur dan terminal bndar tasik selatan ke arah selatan... town planning tak betul, mmg la rakyat marah...

Unknown said...

saya student yg selalu guna perkhidmatan bas....dulu waktu guna bas dari medan gopeng memang rasa meluat sangat2 sebab keadaan yang sangat kotor...becak, sampah, bau busuk xpayah cerita...then ada terminal amanjaya memang sy syukur sangat selesa..memang moden, tapi masalahnya dekat sini..saya rasa org yang pilih lokasi nie agak bodoh bin bebal...dan sy rasa dia nie jenis x pernah guna perkhidmatan awam n merasai keperitan pengguna tu sendiri..bukan apa, sudahla lokasinya jauh dari pusat bandar...kena pulak berangkut beg yang berat berkilo2 naik bas lain ke medan kidd yang memang wajib ditukar kasi cantek or kemas sikit (lokasi bangla melepak) ... dah tu, kalau nak naik teksi Ya ALLAH, sy nie student mana nak ada duit sangat..mahal kot...tertanya2, kenapa tak dibangunkan aje berdekatan dengan stesyen kereta api tu...dekat pun dekat dengan medan kidd..kalau disambungkan jejantas terus ke medan kidd pun bagus....3 perkhidmatan terus ada, stesyen bas bandar, stesyen bas express dan stesyen keretapi yang memang dah lengkap terduduk sekali...lg pun kat situ ade bank n pejabat pos utama...siap berdekatan masjid dan pejabat polis...x ke itu lokasi yang cukup strategik??? Serius bagi saya sebagai pengguna, rasa membebankan n menyusahkan tambah membuang masa sangat sangat sangat...Ini baru sy yang dah biasa dengan jalan2 ipoh, macam mana pulak dengan jiran2 dr negeri lain ...dengan pelancong luar negara..lagi la diorang rasa menyusahkan... Kalau nak cerita pasal pengangkutan awam di Ipoh minta maaf, sy bukan x bersyukur dengan perkhidmatan yang disediakan, tapi terasa macam harga yang dibayar sangat tak berbaloi...syukur bas bandar dah diupgrade, kalau tak...aduhaii kasihan..memang bas rombongan cik kiah sangat..bezanya penumpang penuh mat bangla segala..then kalau teksi pulak dah macam teksi dekat India sana..memang buruk walaupun cap mercedez...Saya nie org Ipoh, memang sgt sygkan Ipoh..sgt teringin lihat Ipoh nie membangun mcm negeri2 lain..thus I know blueprint kerajaan untuk pembangunan Ipoh sangat hebat, siap ade kereta kabel nak dibuat dari meruraya tu..tapi apa malangnya ntah lembab bebenor asenye...jemuihh mendengar cerita2 macam angan2 kosong nihh..harapan palsu belaka... bg saya, Ipoh nie boleh jd lagi maju dr penang n kl nuh sebab ipoh duduk ditengah2 laluan Utara Selatan...tp malangnya, Ipoh nie sekadar jadi laluan aje..x disinggah ponn....sadis2.. #Student Yang Frust #Sayang Ipoh

Anonymous said...

apa2 pun destinasi bas tu mmg jauh....memenatkn dan merugikan. buang dt minyak....kuar duit tol.....dulu 40 min skrg sejam.... ini x adil....

Anonymous said...

Saya bersimpati kepada penumpang2 yang tinggal sekitar Medan Gopeng yang nak ke KL. Kena travel jauh ke Meru Raya. Lepas tu bas patah balik menuju ke selatan.
Situasi yang sama dilalui oleh penduduk2 sekitar Meru SEBELUM ni yang terpaksa travel jauh ke Medan Gopeng. Kalau destinasinya ke P.Pinang @ Kedah, maka bas tu akan patah balik ke utara.
Jadi, selama ini penduduk2 sekitar Meru terpaksa 'travel' jauh ke Medan Gopeng .... kini tibalah pulak masanya penduduk sekitar Medan Gopeng 'travel' jauh ke Terminal Aman Jaya.

Longchepoh said...

Bila buat sesuatu perubahan, memang ada yang akan rasa rugi dan ada yang rasa untung. Masa stesen bas di Medan Gopeng dulu, adakah kita pernah tanya perasaan orang di Taman Meru atau selibin atau kawasan sewaktu dengannya tentang kesusahan mereka nak ke stesen bas?

Anonymous said...

setuju sangat dgn Longchepoh.. sudah2 la merungut tak habis2 ye dak.. dulu time bus express operasi kat medan kit, ramai gak marah2 sbb sesak.. then pindah kat medan gopeng then ramai ckp nape jauh sgt..tak lama byk kes xcident kat mdn gopeng, jem teruk, then pndah amanjaya masih lagi dgr ckp2 tak puas hati.. nak letak dpn rumah kome ke baru puas hati heheh.. sudah2 la.. sepatutnya penulis ni buat artikel yg dpt merangsang otak2 peniaga bus sehenti agar mcm pengusaha omnibus tu beri perkhidmatan lbh baik, bykkan perkhidmatan awm ke sana, takpon kempen la agar dpt perkhidmatan rapid mcm kat kl, sngor dan penang...

Anonymous said...

hurmm,, ipoh belom ada pengangkutan awam yg menghubungkn terminal aman jaya meru ke pusat bandar atau pekan berdekatan..
bayangkan, kos tambang teksi dri terminal baru ke taman cempaka(12km) lebih mahal drpd kos tambang bas kl-ipoh... rm20(12km) vs rm20++(200++km)

IPOH MALAY said...

kisahnya tambang naik penumpang merungut. dan cadangan stesen bas di kuarters KTM dulu dialih ke meru raya. kalo di belakang railway pun dekat ke taman meru dari kami di ulu kinta. cakap ppun ikut sedap perut sendiri je komer. sebab stesen bas tu dah dekat ngan komer. tak paham isi jangan komen la chor. nampak tengin nye

Anonymous said...

Saya selesa dgn terminal amanjaya....tk perlu terkejar2 mcm di medan gopeng dulu....byk jalan altenatif nk smpi situ...saya duduk area chemor.....bileh menarik nafas lega lg....tk byk trafik light nk tempuh...lokasi yg agak sibuk sbb ada mall dn pembangunan lain....medan gopeng dulu agak suram dan sesak...

Unknown said...

Buat satu rumah satu bus stand.. Baru nak puas hati kot

Anonymous said...

Ipoh Malay cakap ni betul. Sistem
Pengangkutan bas awam mesti mempunyai integrasi dgn jenis pengankutan awam yg lain dan mudah di akses oleh penumpang(bukan pemandu bas k) yg membayar duit tiket. Pasal stesen bas sebaik2 nya tidak berada di tgh2 pusat bandar(cth pudu) kerana bnyk kesannya kepada masa dan trafik persekitaran. Sebaik2nya Ipoh juga ada dua terminal bas di utara dan Selatannya. Buat aksessibiliti menghubungkn kedua2 nya malahan jika Lrt dibuat masa hadapan boleh di integrasikn terus pd terminal2 ini.

Unknown said...

Kan aku dah kata
buat satu bus stand setiap satu rumah
baru puas hati kome

Anonymous said...

Pandai lah ko scania880..dah nama pun mcm bas xpayah lah kome nak belagak tunjuk pandai..kome punya fakta menyerlahkan lg tahap kebenggongan kome.