Friday, April 12, 2013

Hadi nafi Mustafa terlibat dalam video seks


Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

KUALA TERENGGANU 12 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan penglibatan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang dikaitkan dalam video seks yang telah diedarkan di sekitar Besut semalam.

Sebaliknya, Abdul Hadi menganggap kononnya tohmahan itu tidak lebih daripada sekadar fitnah yang pastinya tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

"Kita anggap itu satu fitnah dan beri pahala kepada Mustafa Ali. Lagi lama dia (video itu) siar, lagi banyak pahala dia (Mustafa) dapat," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Rusila, Marang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


19 comments:

مهمد شفاريز said...

Salam,kalau video itu benar?siapakah yg sahihkan kebenarannya?

Anonymous said...

Wow..buat dosa tapi dapat pahala!!!best punyer drama ni...

Anonymous said...

hadi lebong! agak2 la klu nk bela org kanan pon...yg hadi lebong sibuk2 nafi ape hal lak? kan lebih elok srh tuan punye badan bersumpah laknat...senang je!

Anonymous said...

Buat lah solat hajat banyak2 agar pelakon dalam video tersebut jika benarlah itu orangnya, biar pecah perut dia. Hehehe... ada berani ke.

Anonymous said...

Betul tu...doakn juga org yg buat video fitnah ni..

Bolom SOSAT said...

Nak tergelak aku...Buat dosa dapat pahala....Buat baik solat tak dapat pahala....sesat lagi menyesatkan.Aku cadang majlis fatwa cepat-cepat buat keputusan sebelum ramai lagi yang disesatkan oleh PAS

مهمد شفاريز said...

Sy lg nak tergelak,sebab masih ada lg org percya pada otosang,ya allah ya tuhanku,tnjukkanlah kebenaran pada para pemfitnah yg ada sekarang ni..azabkanlah mereka dngan seberat2 azab ya allah..amin ya robbal alamin

Anonymous said...

Otak belacan pecacai pas mana tau fikir pekara yang benar sebab terlalu jauh kesesatan mereka dari dunia yang nyata.

Anonymous said...

Fareez ko cuba la buktikan yg video ni di edit?cgi pn xmampu nk hasilkn video yg mcm ni..ke ko nak suruh dorg kuarkn video ni dlm resolusi hd 1080 3d..muntah tgk nye..

مهمد شفاريز said...

Mu nak prcaye mu prcaye.....tak sabar nak tgk pemfitnah2 ni disaman oleh asmuni awi...hehehehe

Anonymous said...

Mmg btul2 gila...pgarah video porno komen sendiri video yg dibuatnya..dah takda modal tu..lain kali buat video ikan keli mgawan ke..taklah tambah dosa

مهمد شفاريز said...

ABIM: Penyebar video lucah perlu bawa 4 saksi

Pemilik blog yang menyiarkan video aksi seks seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali digesa menampilkan empat orang saksi bagi membuktikan  identiti lelaki dalam video tersebut.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata empat saksi itu adalah tuntutan hukum qazaf yang perlu dipenuhi oleh mereka yang membuat tuduhan zina terhadap orang lain."Hanya yang jahil dan kurang menghayati ajaran Islam akan ada rasa berbelah bahagi (tentang video itu)."Keperluan membawa empat saksi ini telah diputuskan oleh ulama-ulama terkemuka seperti Sheikh Wahbah Zuhaili dan Dr Yusof Qaradhawi," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan tersebut.Menurutnya, Muslim yang berpegang kepada ajaran Al-Quran juga digesa agar tidak menyebar atau menyuburkan video sebegitu. "Jadi kalau (video itu) ada di Facebook juga kita digesa jangan 'Like' atau 'Share'," katanya lagi.Beberapa blog pro-Umno semalam menyiarkan video lucah aksi seks seorang lelaki mirip Mustafa dengan seorang wanita yang tidak dikenali.Mustafa dalam reaksinya dilaporkan berkata video itu adalah fitnah Umno semata-mata dan beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sesuai berhubung dakwaan itu.Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pula berkata penyiaran video itu akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan "kerja Umno"."Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno."Begitu juga dengan video terbaru inihanya turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno," katanya.Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya. Berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip timbakan presiden PKR, Azmin Ali.Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Mustafa Ali itu.

مهمد شفاريز said...

Pesanan saya kepada IPOH MALAY...SEDIAKAN 4 orang saksi yang nampak benda ini berlaku di dpan mate sendiri dan bknnye saksi yg berpandukan pada video ni na....lg 1,jgn lupe...saksi itu juga bkn hanya akan disoal di dunia ini sahaja...bahkan di akhirt kelak ye...ALLAH MAHA MENGETAHUI

مهمد شفاريز said...

Btol. Tu

مهمد شفاريز said...

Kembalilah kepada ajaran alquran yg terbukti kebenarannya....bukan mudah untuk menuduh seseorang itu melakukan zina melainkan si penzina itu sendiri mengakui perbuatannya itu sendiri...setiap mulut yg menuduh orng yg tidak melakukan zina itu adalah seperti orang yg memakan daging saudaranya sendiri...

Anonymous said...

Akhirnya blogger Umngok terkantoi pasal video palsu Mustafa Ali. Mari kita tengok beramai-ramai. Muahahahahaha...

http://goo.gl/D9o9r

Anonymous said...

VIDEO SEKS MUSTAFA ALI: JANGAN LUPA, KAMI YANG PERTAMA DEDAHKAN


SUKACITA dimaklumkan, Suarapakatanrakyat.com adalah laman web pertama yang membuat laporan akan kewujudan video seks membabitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Mei tahun lepas.

Artikel tersebut boleh dirujuk DI SINI

Kami telah beri amaran yang cukup lama, hampir setahun kepada pemimpin PAS untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kumpulan tertentu dalam PAS yang menerbitkan video ini, tapi tidak dipedulikan. Maklum sahajalah, website kecil, tidak ada nama dan tidak terkenal pula.

Tapi sekarang bila video itu tersebar, apa kata PAS?

Kami ingin sekali lagi mengingatkan PAS supaya mengambil tindakan segera kepada kumpulan pro Kamarudin Jaafar yang menerbitkan video tersebut, yang mana kami dimaklumkan, identiti masing-masing diketahui pimpinan tertinggi PAS.

Kami tidak mengatakan Kamarudin Jaafar terlibat, kami katakan kumpulan yang pro kepadanya.

Kumpulan ini bahaya, kerana mereka bukan sahaja mempunyai video seks membabitkan Mustafa Ali, bahkan pemimpin-pemimpin lain PAS yang ada kecenderungan seksual yang tidak boleh dikawal ini.

Apa sekalipun, PAS tahu tentang kewujudan video ini tapi tidak mahu mengambil apa-apa tindakan, baik kepada Mustafa Ali, mahupun kepada kumpulan yang berusaha keras membuatnya.

Inilah yang suarapakatanrakyat.com kesalkan sangat. Kegagalan PAS bertindak dengan lebih awal, telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat teruk tercemar

Anonymous said...

MAKLUMAT VIDEO SEKS MUSTAFA ALI SENGAJA DIBOCORKAN PADA PIHAK UMNO – SUARAPAKATANRAKYAT.COM


PENULIS sebenarnya tidak begitu gemar menulis perkara yang bakal didedahkan di bawah ini kerana ianya jelas tidak akan membantu perjuangan Pakatan Rakyat dan parti komponennya mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Tapi demi matlamat perjuangan yang lebih besar, penulis rasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini sebelum ianya menjadi barah yang bakal memusnahkan Pakatan Rakyat dari dalam.

Sumber memaklumkan kepada penulis akan tindakan segelintir pemimpin dalam PAS (yang biasa digambarkan UMNO sebagai golongan ‘Anwarinas’), yang mengugut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dengan ugutan berbaur ‘pendedahan memalukan’ untuk memaksa beliau memberikan sokongan kepada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pemerhatian golongan ini, Mustapha Ali adalah satu-satunya pemimpin kanan PAS yang masih tinggal serta tidak sehaluan dengan perjuangan Anwar dalam Pakatan Rakyat setelah Hasan Ali (dipecat) dan Nasharudin Mat Isa (dikalahkan untuk jawatan Timbalan Presiden).

Malah dikatakan bahawa Mustapha Ali secara terbuka menolak Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat tapi hanya bersetuju Anwar sebagai Perdana Menteri, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Tindakan Mustapha Ali dilihat bakal menggagalkan kesatuan dan kesepaduan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik yang mampu memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Apatah lagi bila Mustapha Ali juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Maka itu golongan ini berpendapat, sesuatu perlu dibuat agar Mustapha Ali akan sentiasa mengikut telunjuk mereka dan pendekatan yang dipilih ialah dengan memanipulasi ‘kelemahan’ Setiausaha Agung PAS tersebut.

‘Kelemahan’ Mustapha Ali yang disebutkan di atas itu ialah merujuk kepada ‘kegemaran’ pemimpin tersebut menggunakan khidmat China Doll.

Difahamkan bahawa banyak maklumat mengenai aktiviti ‘gelap’ Mustapha Ali ini telah diketahui dan kini menjadi bualan panas di kalangan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.

APATAH LAGI BILA PENULIS MENDENGAR, SEBAHAGIAN DARIPADA MAKLUMAT INI TELAH DIBOCORKAN DENGAN SENGAJA KEPADA UMNO UNTUK DIGUNAKAN DALAM KEMPEN PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG, BERTUJUAN MENAMBAHKAN TEKANAN KEPADA MUSTAPHA ALI.

Disebutkan juga bahawa, jika Mustapha Ali masih berkeras menolak kepimpinan Anwar, golongan ini akan memastikan semua media PAS tidak mempertahankan beliau dalam menghadapi serangan dari UMNO tersebut.

Itulah strateginya yang telah dirancang golongan berkenaan dan disampaikan kepada penulis. Sejauh mana benarnya dakwaan ini, penulis tidak pasti.

Walaupun penulis mengalu-alukan sokongan tidak berbelah bagi dari parti komponen Pakatan Rakyat terhadap Anwar, itu tidak bermaksud penulis ‘redha’ dengan pendekatan seumpama ini.

Penulis pernah merasa sendiri jerit perit mempertahankan Anwar dalam finah video seks yang didedahkan Trio Datuk T dahulu, dan penulis tidak mahu ada lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang berdepan dengan situasi yang sama.

Dalam masa yang sama juga, penulis menggesa Mustapha Ali tampil dengan kenyataan menafikan ada terlibat dalam perbuatan seumpama itu, dengan kadar yang segera kerana setelah mendengar sendiri dari sumber, penulis yakin ada asas untuk beliau menjawab.

Anonymous said...

sumpah laknat bukan dua pihak ke yg kena buat? satu pihak yg tuduh, satu lg pihak yg dituduh?

sebab sumpah laknat atau lian ni sbnrnye untuk suami yg dakwa isteri dia curang kan.tp takde bukti.so, lian digunakan?

betul ke tak?mohon pencerahan dari orang2 umno yg hebat2 belaka dalam semua bidang tak kira duniawi dan ukhrawi.

-mahasiswa19-