Monday, April 01, 2013

PAS Pertikai Najib Pakai Kopiah Di Masjid Seri Petaling


Nampaknya PAS sengaja memperlihatkan kedangkalan parti tersebut. Sembahyang kat masjid tabligh pun salah, pakai kopiah pun salah. Kemudian menuduh UMNO tidak Islamik dan berfahaman kebangsaan. Lepas ni, PAS akan pertikaikan pulak bacaan doa ketika mesyuarat UMNO. Kemudian mempertikaikan orang UMNO baca doa makan. Kemudian apa lagi? Sudah-sudahlah tu. 


PAS terdesak politikkan PM lawat markas tabligh
2013/03/31 - 23:42:49 PM

Kuala Lumpur: Tindakan PAS mempolitikkan kunjungan Datuk Seri Najib Razak ke Masjid Jamek Sri Petaling di sini, petang semalam membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin parti yang semakin terdesak.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar), berkata tindakan mempolitikkan kunjungan Najib ke masjid yang sinonim dengan pergerakan tabligh itu membuktikan PAS ketakutan dengan keterbukaan ditunjukkan Perdana Menteri. Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri beragama Islam ia bukanlah satu masalah kepada pemimpin negara untuk berbuat demikian apatah lagi agama Islam bukannya hak eksklusif PAS. 
Saya nampak PAS semakin takut dan terdesak sehinggakan semua isu ingin dijadikan alat politik walaupun membabitkan hal agama,” Datuk Nakhaie Ahmad


“Apa yang menjadi masalah kepada PAS apabila Perdana Menteri ke masjid itu.... adakah hanya pemimpin PAS saja boleh mengunjungi masjid itu. Inilah masalahnya PAS kalau orang lain buat, semua salah, tidak ikhlas dihina dan sebagainya, tapi kalau mereka buat semuanya boleh dan betul saja.

Berfikiran sempit

“Bagi saya ini adalah satu tindakan bodoh PAS apabila mempolitikkan kehadiran Perdana Menteri ke masjid itu. Mereka bukan saja jumud, malah turut mengajar pengikut dan penyokong mereka supaya turut berfikiran sempit.
“Saya nampak PAS semakin takut dan terdesak sehinggakan semua isu ingin dijadikan alat politik walaupun membabitkan hal agama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Perdana Menteri mengunjungi masjid terbabit dan menunaikan solat Isyak berjemaah bersama orang ramai selain mendengar tazkirah berkaitan perjuangan Nabi Muhammad SAW disampaikan Muaz Roslan yang membaca kitab Hayatus Sohabah.

Tiru cara kempen

Rentetan itu, suara rasmi PAS HarakahDaily menyiarkan artikel dengan menyifatkan kunjungan Najib ke masjid itu sebagai meniru cara kempen pakatan pembangkang selain turut mempertikaikan tindakan pemimpin negara itu memakai kopiah ketika ke masjid berkenaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Nakhaie berkata ia membuktikan tindakan PAS yang semakin bercelaru apabila menyifatkan apa saja hal berkaitan Islam adalah hak mutlak mereka.

“Apa masalah dia (PAS), kalau sekalipun tujuan Perdana Menteri pergi ke masjid itu untuk berkempen, orang (jemaah) boleh terima kenapa PAS mahu bising,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

pas dah sangat TAKUTTTTTTTTTTTT !
PRU13 adalah umpama KUBUR BESAR utk PAS !!! selamat bersara PAS !

Anonymous said...

Mereka lebih takutkan DAP dan PKR. Buktinya... Negara Islam, Hudud dan Kepimpinan Ulama yang selama ini kononnya diperjuangkan dan dibanggakan oleh penyokong mereka sehingga menghina, mencerca dan memfitnah UMNO/BN kini tiada lagi di dalam Manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13 nanti. Maka terus tertipulah mereka-mereka yang sememangnya telah ditutup mata dan telinga bagi melihat fakta dan kebenaran.

Anonymous said...

Pas nak ganti umno.....kerusi parlimen pun tak cukup.....kalimah allah pun dorang tk boleh nak bela.....isu murtad pun sanggup pecat hassan ali.....sanggup gadai hak istimewa .melayu.....mmg tk boleh harap pas tk layak ganti umno benda basic pun fail......

Anonymous said...

nak pakai kepiahh pon kene marahh...

patut pas sukaa....

kepiahh tu bukan hak pas oii...

malu skett....

Taruhan Bola Online said...

hahahaha ngocol juga ya,, lucunya ini