Friday, May 31, 2013

Autonomi Sabah : Bila Kera Kena Belacan

AUTONOMI Sabah adalah antara retorik kebencian yang sering dimainkan oleh pemimpin PR dalam agenda anti-Federalisme mereka. 

Namun bila pemimpin Sabah melaksanakan autonomi dalam aspek imigresen, mereka pula yang gagal untuk menghormati keputusan pemimpin Sabah. Autonomi dalam aspek imigrasi dan kemasukan ke dalam negeri Sabah merupakan salah satu perkara di dalam Memorandum 20 Perkara Borneo Utara ketika bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963. 

Perkara 6 dalam Memorandum 20 Perkara adalah mengenai aspek Imigresen, yang menyatakan bahawa - Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri. 


Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. 

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara. 

Nampaknya pemimpin PR bercakap hanya macam burung kakak tua ketika berceramah tentang autonomi Sabah dan sewaktu memainkan sentimen anti-Federalism - mereka tak faham pun apa yang mereka kata.
 - Tun Faisal

1 comment:

Anonymous said...

puak puak ni memang tak paham apa apa pun....yg mereka tahu, menyalak dan terus melalak siang malam nak naikkan publisiti diri sendiri....kunun mereka la pembela rakyat, anti corrupt, anti kroni...jujur dan bersih.....yg sebetulnya mereka tak tahu apa apa pun, especially budak perempuan penghisap kotey lecturer sebab nak lulus ni.....dia orang pandai main persepsi jer...realiti nya zero dan rakyat jadi tertipu....tu pasal dia boleh menang lagi kat lembah pantai..