Wednesday, May 29, 2013

Boikot Tunjuk Kesan Positif Ke Atas Peniaga Melayu

Ekoran tindakan boikot perniagaan kaum yang menyokong agenda penggulingan kerajaan yang memberi kesan positif kepada peniaga Melayu, langkah tersebut disyorkan agar diteruskan lagi sampai bila-bila. 

Menurut beberapa peniaga sayur dan ikan Melayu di Ipoh, hasil jualan mereka kini naik 10% - 20% berbanding sebelum PRU13.

Kesan paling ketara yang dialami oleh peniaga chavinis ini ialah penurunan drastik pelanggan mereka dari kalangan peniaga tomyam yang berasal dari sempadan utara negara.

Begitu juga peniaga-peniaga India Muslim yang keseluruhannya begitu kecewa apabila ada di kalangan mereka dituduh pengundi Bangla.

Rasakan akibat.

Boikot produk bukan kejam

Nadzim Johan (tengah) bersama gabungan NGO Islam menunjukkan risalah untuk memboikot produk syarikat menaja perhimpunan haram dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Mei - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menafikan dakwaan mengatakan tindakan pihaknya memboikot beberapa produk syarikat milik kaum Cina yang dipercayai menaja perhimpunan haram sebagai kejam.

Sebaliknya, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan memboikot itu adalah isyarat kepada syarikat berkenaan agar berhenti memberikan sokongan kepada sebarang bentuk perhimpunan haram.

"Saya hairan kenapa gabungan NGO Islam ini dituduh kejam memboikot lapan produk terbabit sedangkan tentera siber DAP, Red Bean Army telah melancarkan serangan memboikot produk milik bumiputera sejak 2011 lagi.

"Ini jelas terbukti dalam laman sosial Facebook dan beberapa blog yang mengajak kaum tertentu memboikot produk roti Gardenia yang didakwa milik UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 14 Mei lalu, Nadzim yang mewakili 85 NGO Islam menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum Cina yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram.

Katanya, orang ramai boleh mengetahui senarai lapan produk itu dengan melayari laman web PPIM di http://ppim.org.my/.

Lebih keterlaluan katanya, apabila kumpulan Red Bean Army yang dipercayai didalangi DAP turut mengatakan hasil jualan roti Gardenia sebanyak 16 sen disalurkan kepada UMNO.

Tambahnya, kumpulan itu juga dikatakan menyerang kopitiam Original Ipoh Old Town White Coffee yang didakwa milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui beberapa blog.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, serangan fitnah dan pembohongan melalui alam siber yang dilancarkan Red Bean Army sangat berbahaya dan menggugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.

"Bayangkan apa perasaan kaum lain terutama Melayu jika fitnah yang dilakukan Red Bean Army dengan menggesa kaum Cina memboikot roti Gardenia dan bertukar kepada produk lain.

"Fenomena ini sangat merisaukan kita. Tindakan kita memboikot lapan produk itu bukan berunsur perkauman, sebaliknya memberikan pengajaran kepada syarikat yang dipercayai menyokong perhimpunan haram," katanya.

Nadzim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas dan proaktif ke atas serangan fitnah dan pembohongan tentera siber Red Bean Army itu agar keharmonian serta perpaduan negara sentiasa terpelihara.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga diminta menarik semula lesen penggunaan racun benzoyl peroxide yang terdapat dalam salah satu produk yang diboikot gabungan tersebut.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130529/dn_14/Boikot-produk-bukan-kejam#ixzz2UdaOOn5p 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

NO MERCY IN WAR
ABCD
BCL

TENTERA ANAI-ANAI MELAYU TERUS MARA

Anonymous said...

Teruskan... sy pun berniaga.. sebelum ni semua supplier org cina.. abis dah swing ke melayu.. ok je takde masalah pun.. makan pum tomyam ngan mamak jer dah 3 minggu .. hidup lg sampai skrg... steadyyyyyy

Mr Paktam said...

alhamdulillah org kita dah mula sedaq,walau ramai yg masih buta.. sebenarnya kita ada banyak pilihan cuma terpulang kepada dri sendiri, org kita jugalah sebenarnya mengkayakan peniaga2 mereka, aku yakin kalau kita boikot reramai takkan kemana perniagaan mereka kalau setakat kaum mereka saja yg membeli dari peniaga mereka..lingkaran ekonomi mereka akan mengecil secara perlahan-lahan.. sebarlah kepentingan kita memboikot ni sejauh mana yg boleh dan termampu,selebihnya serah kepada Allah penentu segala..