Thursday, May 16, 2013

Joseph Salang Tak Puas Hati Tidak Dilantik Menteri Penuh?

Beliau memberikan alasan bukan kerana tidak puas hati. Tetapi pada masa yang sama, memberikan alasan jika ianya jawatan lebih tinggi dari sebelum ini, contohnya Menteri penuh, beliau akan memikirkan semula. Pada pendapat peribadi teman, kenyataan beliau ada asasnya. Namun PM Najib ada alasannya. Seperti biasa, masa bersama keluarga dijadikan alasan. Sebaiknya, jika itu alasannya, tidak perlu ada kenyataan 'memikirkan semula jika ditawar menteri penuh'.

Joseph Salang tolak pelantikan

KUALA LUMPUR 15 Mei - Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum hari ini menolak pelantikan dalam Kabinet baharu sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Joseph Salang berkata, penolakan itu bukan bermaksud beliau tidak gembira dengan pelantikan sebagai timbalan menteri.

Sebaliknya beliau memberitahu, sekiranya diberikan pilihan antara menjadi timbalan menteri atau bersama keluarga, akan memilih keluarga.

"Melainkan itu adalah jawatan yang lebih tinggi atau menteri penuh yang membuatkan saya perlu memikirkan semula.

"Sekarang saya berpendapat lebih baik memberikan jawatan berkenaan kepada orang lain," katanya seperti dipetik oleh The Star Online.

Sebagai rekod, dalam barisan Kabinet yang lalu, Joseph Salang merupakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130516/dn_13/Joseph-Salang-tolak-pelantikan#ixzz2TPfNnnDv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

Anonymous said...

Gila kuasa