Thursday, May 16, 2013

Hak Hanya Untuk Yang Berhak

Inilah keadilan Barisan Nasional. Keadilan bagi yang berhak mendapat keadilan. Kesamarataan yang disenangi dan dikagumi. Bedasarkan asas logika yang tidak mampu dilakukan oleh musuh politiknya, pakatan bersepah undian warga busuk perut.

Tidak perlu dilaungkan soal keadilan, soal ketelusan soal-soal retorik yang dapat dilihat bahawa ianya hanyalah tirai palsu nipis semata-mata. Bahkan memakai nama keadilan untuk mengaut sokongan pengundi buta perut yang terikut-ikut retorisme dari pimpinan penuh kepalsuan - yang untuk mengadakan pemilihan parti sendiri secara telus dan adil pun tidak mampu. 

PM hargai pengundi Sabah, Sarawak

PUTRAJAYA 15 Mei - Pembentukan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini menyaksikan hampir separuh jawatan menteri penuh disandang oleh wakil dari Sabah dan Sarawak.

Seramai tujuh wakil dari Sarawak dilantik sebagai menteri penuh di mana empat daripadanya merupakan timbalan menteri dalam Kabinet lalu dan seorang muka baharu iaitu Datuk Fadilah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya, Datuk Joseph Entulu Belaun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Timbalan Presiden (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) SUPP, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Menteri Sumber Manusia.

Selain itu, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim dilantik mengisi kekosongan di Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dan seorang muka baru iaitu Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri sebagai Menteri di JPM.

Dalam masa sama, dua menteri penuh dalam Kabinet sebelum ini iaitu Senator Datuk Seri Idris Jala dikekalkan sebagai Menteri di JPM manakala bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berubah portfolio kepada Kementerian Perusahaan, Peladangan dan Komoditi.

Sementara itu, dua muka baru dari Sabah dilantik sebagai menteri penuh iaitu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr. Ewon Ebin yang masing-masing mengisi kekosongan di Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Sains dan Teknologi.

Dua lagi menteri dalam Kabinet terdahulu iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman pula dikekalkan di kementerian yang sama iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Luar Negeri.

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula bertukar portfolio ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air manakala bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup dinaikkan pangkat sebagai Menteri di JPM.

Sementara itu, empat wakil dari Sarawak dilantik mengisi jawatan sebagai timbalan menteri iaitu Datuk Joseph Salang (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Dr. James Dawos Mamit (Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Kementerian Dalam Negeri) dan Datuk Alexander Nata Linggi (Kementerian Luar Bandar dan Wilayah).

Tiga wakil dari Sabah pula dilantik sebagai timbalan menteri iaitu dua muka baru Datuk Mary Yap Kain Ching (Kementerian Pelajaran) dan Ahli Parlimen Beauford, Datuk Azizah Mohd. Dun (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri (Kementerian Pertahanan).



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130516/dn_03/PM-hargai-pengundi-Sabah-Sarawak#ixzz2TPQ2nr2S 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: