Masing-masing menyebut darah warna sama lah, sperma warna sama lah, hirup udara sama lah.
Benar seperti kata mereka. Kita Bangsa Malaysia. Tiada Melayu, Cina, India dan Lain-lain. Tapi?
Tapi beranikah mereka menyebut supaya segala ini perlu diasaskan dengan sekolah satu aliran.
Beranikah mereka menyebut bahawa sekolah satu aliran menjadi punca perpecahan yang semakin menebal?
Beranikah mereka menyebut kita satu bangsa, perlulah satu bahasa dan satu jenis sekolah?
Janganlah menyeru kepada bentuk penipuan yang berlandas kepura-puraan kepada golongan Melayu yang tenging dalam negara ini.
Kerana yang untung adalah mereka.
Mereka pernah menuduh pencetus idea Sekolah Satu Aliran pada tahun 2009 sebagai perkauman dan melaporkan kepada polis.
Mengapa warga yang kononnya bertanggungjawab yang melihat isu sekolah vernakular, akhbar vernakular dan sistem vernakular ini sebagai agen polarisasi dilabel sebagai perkauman oleh mereka? Lalu polis bertindak?
Jika jujurlah mereka mahu sempadan kaum dihapuskan, maka jujurlah mereka perlu akui bahawa inilah agen-agen pemecahbelah yang perlu mereka hapuskan.
Setelah pihak berwajib bertindak meredam gerakan Sekolah Satu Aliran, adakah mereka berpuas hati dan kembali bekerjasama?
Setelah ratusan juta malah rribuan juta dicurah ke pendidikan vernakular ini, aqdakah mereka berpuas hati dan kembali bekerjasama?
8 comments:
Persekutuan Tanah Melayu
(Federation of Malayland)
Satu Negara Satu Sekolah
kenapa tak boleh dilakukan??? buat masa ini terdpt 5 buah sekolah wawasan beroperasi dgn jayanya. di negara2 maju mahu pun negara2 kurang maju tidak terdapat sekolah vernakular. sebab itu kalau kita lihat amerika rakyatnya yg tderdiri drp pelbagai jenis keturunan boleh hidup bersama tiada erti kata kaum di sana... jika anak2 drp semua keturunan dpt berkumpul di waktu persekolahan walaupun pada permulaan mereka akan kekok tetapi lama kelamaan mereka akan jadi biasa. segala patut bermula drp sekolah rendah lagi. elok bertindak skrg supaya bangsa melaysia itu benar2 dpt direalisasikan. tidak timbul masalah anak cina dan india tidak boleh lagi bertutur dlm bahasa ibunda mereka kerana sudah pasti mereka berkomnunikasi dlm bahasa itu di rumah. seperti kita melayu islam yg menghantar anak ke sekolah agama selepas waktu persekolahan, kenapa cina tidak boleh berbuat demikian???
Tanah Melayu, 1Sekolah 1Negara.
saya faham apa penulis cuba sampaikan.saya setuju tapi hati-hatilah menulis benda-benda seperti ni kerana pasti ada yang "tak" puas hati dan mungkin akan mengheret penulis untuk didakwa di bawah akta hasutan.bangsa lagi satu tak akan jemu mencari salah mana-mana melayu yang cuba membangkitkan isu-isu seperti ni.untuk makluman kebelakangan ni agak sukar kami disekitar klang nak cari surat khabar dalam bahasa melayu.cina takut kebangkitan melayu?
1 sekolah......bahasa melayu sebagai pengantar....martabatkan bahasa inggeris, mandarin, tamil dan bahasa arab (untuk pelajar islam)
InsyaAllah perpaduan antara kaum akan muncul
Pendidikan awal sekolah mestilah menerapkan nilai-nilai cintakan negara dan penerapan dan pemahaman tentang maksud RUKUN NEGARA hendaklah di semai di peringkat sekolah rendah lagi. tujuannya adalah untuk mereliasasikan perpaduan kaum yang erat. Bagi mencapai maksud tersebut sekolah satu aliran (Sekolah Kebangsaan) mesti dan patut dilaksanakan dengan segera. Tiada bantuan kewangan untuk sekolah aliran lain dan jangan iktiraf kelulusan selain daripada sekolah kebangsaan.
Malaysia Boleh...1 Malaysia 1 Bahasa 1 Aliran...
Tanpa Nama 4:51 PM
saya tidak takut. ini bukan kesalahan mahupun hasutan. ini adalah idea pragmatik.
Kita haruslah memandang isu sekolah vernakular dari sudut positif dan bukannya dari aspek yg tidak baik sahaja.
Ikutilah kupasan saya dalam, "isu sekolah vernakular : ke mana haluan SJK Cina ".
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-mana-haluan.html
Post a Comment