Rabu, Mei 15, 2013

Obama telefon Najib iktiraf keputusan PRU-13




KUALA LUMPUR 14 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


Dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Obama turut diberi penerangan ringkas tentang usaha kerajaan memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

"Obama mengucapkan tahniah kepada Najib di atas kejayaan beliau menerima mandat daripada rakyat untuk terus memimpin negara ini," jelas kenyataan itu.

Dalam perbualan telefonnya dengan Najib, Obama telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di ibu negara pada 11 dan 12 Oktober ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Malaysia dan AS akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa.

Obama turut menyentuh perdagangan dua hala dan pelbagai hala manakala secara khusus beliau mengharapkan inisiatif Kerjasama Trans Pasifik (TPP) akan dimeterai dalam masa terdekat.

Kedua-dua pemimpin tidak ketinggalan berbincang tentang isu pengawalan senjata nuklear.

Sementara itu, Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi dan minat yang ditunjukkan oleh Obama terhadap Malaysia serta komitmen Presiden AS tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara.


DISEBALIK KERJA MEMALUKAN TENTERA MAYA DAP YANG MENYESAKKAN FACEBOOK OBAMA DENGAN TUDUHAN KONONNYA BERLAKU PENIPUAN DALAM PILIHANRAYA, MEREKA  DENGAN PENUH HINA DITAMPAR KIRI KANAN DEPAN BELAKANG OLEH OBAMA. 

PENGIKTIRAFAN INI HANYA UNTUK DIPROTES OLEH PUAK SASAU DI NEGARA INI? TANGGUNGJAWAB KITA IALAH UNTUK MENENTANG PUAK SASAU YANG MAHU MENGGULINGKAN KERAJAAN SECARA PAKSA.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aduh malangnya bangsaku,bersorak -sorak,terlompat lompat hendak mencapai bintang nan tinggi.Tanpa tersadar ,kain dipakai terlucut bertelanjangan.Sedihnya lagi......tak sedar orang keliling mentertawakannya.