Tuesday, May 14, 2013

Rakyat Suruh PAS-UMNO Bekerjasama, Bukan Bersatu

Apa ke tengingnya pemimpin PAS yang dari awal menterjemahkan "kerjasama" sebagai "penyatuan". Tak siapa yang suruh dua parti ini menjadi satu. Apa yang dimahukan oleh orang Islam ni negara ini ialah KERJASAMA. Faham Bahasa Melayu atau tidak? Atau busuk hati membangkai telah membuatkan mereka sengaja mentafsirkan maksud itu dengan manipulasi bertujuan menjadikannya nampak mustahil. 


Nasrudin: Gesaan Umno-Pas bersatu ungkapan jenaka

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan gesaan menyatukan Umno dan Pas, yang semakin kerap dibangkitkan mutakhir ini  sebagai suatu ungkapan jenaka malah tidak membawa sebarang kesan.

Sebaliknya ujar beliau, ia hanya akan menimbulkan fitnah serta menebalkan jurang persefahaman antara kedua-dua parti.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, usaha penyatuan itu tidak mungkin berlaku sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) masih meneruskan penindasan terhadap hak rakyat terutamanya dalam soal pemberian royalti minyak dan pembangunan di kawasan atau negeri yang dimenangi pembangkang.

"Isu penyatuan atau perpaduan itu tak ada sudahnya, kerap kali diulang dan diungkap.

"... seruan itu tak berfaedah, usah bermain dengan kata-kata, buktikan bahawa negara ini amalkan politik matang dulu, hormat-menghormati perbezan pandangan, hilangkan kekeliruan, kembalikan hak rakyat dan hapuskan penindasan, kemudian barulah cakap soal perpaduan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika berucap dalam program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM, semalam.

Nasharudin menggesa agenda penyatuan kedua-dua parti itu dijadikan sebagai usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan kaum Melayu di negara ini.

Dalam pada itu, Nasrudin mendakwa isu perpaduan cuba digunakan Umno-BN apabila terdesak setelah gagal memperbaiki rekod prestasinya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akibat hilang sokongan rakyat dengan hanya menang mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

"Dalam isu royalti minyak, tuntutan rakyat tak diberikan, lepas itu mereka tertekan, kemudian nak ajak cakap soal perpaduan, ia sesuatu yang tak masuk akal.

"Selagi apa yang berlaku hari ini, ungkapan itu hanya untuk melariskan surat khabar saja.

"Umno-BN saban hari menyerang Pas gunakan tv dan surat khabar, menyebabkan ada maklum balas daripada Pas, akhirnya hubungan Umno-Pas semakin tengang.

Tambah beliau, kerjasama itu sukar direalisasikan jika Umno-BN terus-menerus menyerang dan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap Pas termasuklah parti Islam itu mengamalkan ajaran sesat dan menggadaikan prinsip Islam.

Agak kurang manis tegasnya jika selepas itu Umno-BN ingin berunding dan bercakap mengenai soal perpaduan dan kerjasama kedua-dua parti Melayu-Islam itu.

"Satu ungkapan yang tak manis dan tak dipandang positif oleh masyarakat.

"... buatlah perubahan dulu, jangan asyik dera rakyat, kerajaan Umno kena tunaikan kehendak dan kemahuan rakyat yang baik.

"Kalau dengar kenyataan menteri besar Terengganu, dia kata mana-mana pengundi yang tak sokong BN dalam pilihan raya lepas, kawasan itu tak akan diberikan peruntukan dan tidak akan dibangunkan, lepas itu dia nak ajak bersatu pula, itu tak mungkin jadi kenyataan," katanya.

Tambah beliau, gesaan itu juga pernah dilontarkan oleh anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah, yang mengatakan bahawa sekiranya Pas menyertai Umno, hudud akan dilaksanakan.

"Kadang kala saya keliru dengan ucapan itu, yang bercakap itu kerajaan BN.

"Kalau Umno bentang hudud di Parlimen, insya-Allah ahli parlimen Pas akan sokong mereka, tapi kerajaan kena buktikan dulu," tegasnya.

6 comments:

Anonymous said...

hopeless ...

Anonymous said...

Akibat dari Mereka rasa Isle mereka lebih Isle dari orang lain..jenis manusia yg BODO SOMBONG!

Anonymous said...

Salam Setban Besar...Ulasan dan penjelasan anda membosankan. Kamu mengatakan BN MENDERA Rakyat, tunjukkan buktinya. Kamu mengatakan royalti minyak. Kamu faham ke makna royalti itu? Royalti diperolehi atas sumbangan dan kerja sama dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau projek. Penulis mendapat royalti kerana dia berusaha menulis. Penyanyi oun macam tu. Cuba kamu tunjukkan apa sumbangan atau kertjasama negeri Kelantan dalam usaha cari gali minyak di Kelantan? Mohon penjelasan anda. Jangan hanya pandai mengutuk dan mengatakan kerajaan MENDERA. Saya menunggu penjelasan anda wahai Serban Besar.

akmal said...

SERBAN menutup dahi, macamana nak solat tu? Mohon penjelasan.

Anonymous said...

Susah kalau pemimpin PAS berfikiran kalut cam tu....dia fikir kelebihan yg ada ni boleh dijangka masa panjang ke????? ...memang 'bodoh sombong' !!!!!

akmy said...

Sangat malang ahli PAS mendapat pemimpin seperti ini, yang bukan langsung ada niat untuk permudahkan dan menyambung silaturrahim. Alasan dibagi hanyalah supaya tidak berjumpa titik pertemuan kerjasama UMNO-PAS menggunakan hujah yang diada-adakan atau fitnah. Kelantan kalau tidak dibantu oleh Kerajaan Persekutuan maka boleh ternak ikan di tengah-tengah jalanrayalah jawabnya. Tunggu jalanraya PAS, bila nak cukup kalau harapkan derma sahaja, masjid pun harapkan yang lama semasa pemerintahan BN. Dah dihujahkan dengan bukti bahawa minyak tidak terletak dalam wilayah/laut Kelantan tapi isu itulah yang dicanangkan sebagai menutup kelemahan oleh pentadbiran PAS. Hudud pun sejak bersahabat dengan DAP ni, tak ada dah keluar dari mulut pemimpin PAS. Dan yang paling silap ialah PAS menganggap UMNO yang terdesak dan sedang lemas,sedangkan PAS hanya ada 21 kerusi parlimen. Nama saja memperjuangkan Islam tapi fikiran tidak dipandu oleh Islam hanya fikirkan menang kalah pilihanraya saja. Tidakkah tangan yang menghulurkan salam perdamaian dan silaturrahim itu adalah sangat dituntut oleh Islam, tambahan pula sesama Islam. Tapi PAS lebih taat kepada apa yang dituntut DAP, walau pun DAP menentang dengan tegar perjuangan Islam PAS. Wahai ahli-ahli PAS, sedarkanlah pemimpin PAS bahawa 'tsunami undi cina' yang berlaku kepada BN itu, bila-bila masa saja akan memakan dan menghakis perjuangan Islam dan bangsa Melayu, kecualilah pemimpin PAS dah memberi jaminan dan membisikkan kepada DAP bahawa "itu Islam kita bikin umpan saja sama ahli PAS supaya dia orang tidak lari pigi UMNO" sebab UMNO telah membuat tersangat banyak perkara bagi meninggikan Islam sedangkan PAS hanya pandai bermain dengan kata-kata saja. Imam Ahmad bila mendengar ada seorang berkata-kata mengulas mengenai dirinya, telah menjemput orang itu ke rumahnya dan menjamunya, demi ingin mendengar lebih lanjut bagi tujuan membaiki dirinnya dan caranya. Tetapi pemimpin PAS bila didedahkan mengenai beribu-ribu ekar tanah yang diserah kepada pemimpin DAP Perak, terus hendak meludah muka pihak yang hendak memulakan salam perdamaian dengannya. Sedangkan orang Melayu sendiri sukar hendak membeli tanah disana melainkan rakyat negeri itu kerana mengikut undang-undang tanah yang digubal zaman Lord Reid lagi. Undang-undang itu bukan digubal oleh PAS, ia adalah undang-undang kafir. Lagi pula bersifat assobiyah kerana tidak adil kepada mereka yang bukan rakyat Kelantan baik Melayu apatah lagi Cina. Jadi janganlah hanya pandai berkokok berdegar-degar. Pemimpin Islam yang baik adalah mereka yang sentiasa melihat salah-silap sendiri dan sentiasa melihat kebaikan orang lain.