Sabtu, Jun 01, 2013

Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai

Selamat Hari Gawai Dayak diucapkan kepada kaum Iban yang meraikannya di Sarawak, mahupun di Semenanjung. Hari Gawai disambut setiap 1 dan 2 Jun merupakan perayaan kesyukuran atas hasil tuai yang telah dilimpahkan. Hari Gawai telah diwartakan sebagai cuti umum di Sarawak sejak kemerdekaannya di dalam Malaysia. Gayu guru gerai nyamai membawa maksud 'semoga panjang umur dan beroleh kesihatan yang baik'. Semoga perayaan kali ini membawa makna tersendiri bagi mereka yang meraikannya dalam merapatkan hubungan kekeluargaan. 

Tiada ulasan: