Saturday, June 01, 2013

UMNO Sedang Mengumpul Kekuatan Menuju PRU14

Bahana kempen ABU, lebih ramai orang berpakat menyertai UMNO.  Lebih ramai berpakat mengundi UMNO. Kuasa Allah melebihi kuasa manusia. Terutamanya manusia yang kononnya anugerah Tuhan. Manusia yang kononnya berjubur pun boleh diterima, asalkan cerdik. Manusia yang berlagak Tuhan kononnya mengetahui sesuatu yang tiada manusia lain mengetahui kecuali Allah. Maka, jangan bongkak mengakui sepenuh keyakinan mereka boleh menang walaupun pilihanraya pada waktu itu belum diadakan. Jangan nafikan ketentuan Tuhan.

PRU14 adalah PRU terakhir sebelum negara memasuki tahun 2020. Kemenangan besar UMNO adalah dituntut bagi memastikan kedudukan orang kita terus terpelihara dalam negara yang bakal berstatus maju. Letak mereka ke tepi. Bawa anak isteri saudara mara kita ke depan, menjadi pelapis UMNO yang baharu dan berdaya maju.

PRU-13: UMNO muncul parti terkuat

KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi terlalu hampir dengan jumlah dimenangi oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata, pada PRU-13 jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi.

Begitu juga katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi. - UTUSAN



No comments: