Wednesday, July 17, 2013

Jati enggan terima maaf Duta Vatican City

KUALA LUMPUR 17 Julai - Jalur Tiga Malaysia (Jati) tidak dapat menerima permohonan maaf Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino berhubung isu kalimah Allah, kata presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini.

Beliau berkata, badan bukan kerajaan itu berpendapat permohonan maaf Marino kepada rakyat Malaysia, yang dibuat menerusi Kementerian Luar semalam, tidak memadai untuk mereda dan memadam kemarahan serta ketidakpuasan hati masyarakat Islam di negara ini.

"Duta Vatican City itu perlu menarik balik kenyataan yang telah dikeluarkannya yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di negara ini.

"Pada masa yang sama, beliau perlu berjanji untuk tidak akan mengulangi perkara yang sama pada masa hadapan," katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu, Hasan meminta pihak berkuasa tidak mengambil permohonan maaf Marino sebagai jalan penyelesaian akhir kepada isu itu sebaliknya merangka langkah segera untuk memastikan kejadian itu tidak berulang.

"Langkah ini juga untuk menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati kedaulatan negara ini," katanya.

Beliau mengulas permohonan maaf Marino kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, duta itu menjelaskan tidak berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 12 tengah hari semalam.

Dalam pada itu, Hasan berkata Jati dan beberapa NGO lain tetap meneruskan acara penyerahan nota bantahan kepada pejabat kedutaan Vatican City selepas solat Jumaat ini. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130717/dn_33/Jati-enggan-terima-maaf-Duta-Vatican-City#ixzz2ZHtqviL8 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 comments:

Anonymous said...

Duta Dajjal ini perlu diusir dari Malaysia. Manakala Duta Malaysia di Vatican perlu dipanggil balik.

Wisma Putra ada berani???

Anonymous said...

MEMAMG PATUT DI USIR PUN..PERMOHONAN MAAF TIDAK MENCUKUPI..TINDAKAN DRASTIK PERLU DI BUAT..SYABAS JATI...

Anonymous said...

Nampaknya buat dulu lepas itu minta maaf sudah jadi permainan. Lepas itu buat lagi dan minta maaf lagi dan begitulah seterusnya. Jadi caranya jangan bagi maaf..ambil tindakan...

Anonymous said...

Datuk, jadikan JATI sebagai parti politik untuk mempertahankan dan mempertahankan kesucian agama Islam , bangsa Melayu dan keharmonian Negara Malaysia tercinta.
Masa masih ada lagi sebelum PRU 14 untuk mengantur strategi. Nampaknya parti parti Melayu Islam sekarang sudah tidak bermaya!
Insya Allah dengan sokong lebih 90%Melayu Islam dan bumiputera kita boleh menang. Insya Allah.
PRU 13 membuka mata tentang fakta ini!

Anonymous said...

Tahniah bro...Selamat Berblog kembali...

Akukah yg terlewat ...