Tuesday, September 10, 2013

Isu Kalimah Allah Berkait Hari Malaysia Ke 50



Fakta Sabah dan Sarawak berada 17 tahun di bawah pengaruh Kristian Indonesia sebelum 1963 perlu semua rakyat tahu. Bukan itu sahaja, malah fesyen, hiburan dan muzik juga semua dari Indonesia. Malahan lagi,  Kalimantan kehilangan propinsi Kalimantan Utara nya akibat penubuhan Malaysia. 

Nilai-nilai mutlak bahawasanya mereka adalah dua negara yang bersama Malaya, Singapura dan Brunei membentuk sebuah negara komanwel British bernama Malaysia perlu difahami intipati walaupun Singapura gagal kekal dalam masa kurang 2 tahun dan Brunei langsung tidak jadi dan memilih untuk terus dalam naungan British sehingga 1984.

Amerika Syarikat sendiri terdiri dari 51 buah negara. Rakyat Sabah dan Sarawak berpegang pada akan hal ini. Hari ini sepertinya, mereka yang dengki dengan orang Islam yang 90% berada di Semenanjung, mengimport masuk sesuatu yang asing secara tidak sah dari segi undang-undang dengan berpegang pada hakikat  Malaya tidak pernah 'ditakluk' oleh  Indonesia. 

Seperti isu kalimah Allah ini.

Dalam pada itu tentulah Melayu-Melayu saka Malaya yang mengembalikan nostalgia pro Indonesia  pada tahun 1940an tidak akan menyokong idea mempertahankan kalimah Allah ini kerana dogma pluralisme yang menebal dalam diri mereka. Mereka ini tidak mempunyai niat yang baik kerana bahasa Indonesia teman rasanya lebih baik dari mereka. Malah perjuangan mereka tidak dipandang pun oleh pemerintah dan majoriti rakyat Indonesia hari ini.

Dalam mencari titik persamaan, CFM nampaknya mahu titik perbezaan Malaya, Sabah dan Sarawak dibesarkan.  Malah usaha mereka tidak dilakukan dengan iktikad yang baik apabila cuba mengedarkan Injil Baibel berbahasa Melayu di merata pelusuk Malaya bermula dengan apa yang didengari di Pulau Pinang.

Faktanya, selama 50 tahun, penggunaan ALLAH di dalam Injil Baibel di Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi halangan kerajaan Persekutuan untuk dilestarikan di sana, mengapa hari ini mereka mahu melawan di mahkamah hanya kerana tidak dibenarkan peredarannya di Malaya? Niat mereka diragui.

Sementelahan, isu ini dipanaskan pada ambang sambutan ke 50 tahun penubuhan Malaysia. 

Semuanya kerana dengkikan Islam. Mengapa yang tertulis ISLAM di kad pengenalan hanya diam? Lawanlah walau satu ayat. Namun jelas, perkara mudah yang tidak boleh dibuat oleh orang Islam hanyalah PENYATUAN IDEOLOGI SUNNI tetapi ia boleh berlaku dengan kuasa Allah Yang Esa.

No comments: