Berikutan krisis penamaan kapal tentera laut Indonesia dengan nama Osman dan Harun, dua tentera laut Indonesia yang dihukum gantung sampai mati oleh Singapura kerana mengebom MacDonald House, Singapura semasa konfrontasi Indonesia - Malaysia pada bulan Mac 1965, berbagai kecaman dibuat oleh rakyat Indonesia ke atas Singapura yang menegur sikap kerajaan Indonesia yang dikatakan tidak menjaga sensitiviti mereka.
Namun, pada masa yang sama, isu Singapura sebagai pengeksport minyak siap proses utama ke Indonesia turut berlegar di media Indonesia.
Ia telah menjadi duri dalam daging bagi rakyat Indonesia yang berang dengan sikap Singapura yang mencampuri urusan negara mereka yang mereka sebut sebagai kedaulatan. Namun, pakar minyak Indonesia menyarankan agar tidak memusuhi Singapura kerana kebergantungan minyak mereka ke atas Singapura.
Pendedahan oleh media Indonesia juga menunjukkan Indonesia mengimport sebanyak RM21.3 billion minyak dari Malaysia sepanjang 2013.
Jakarta -Singapura menjadi tumpuan Indonesia dalam mengimport minyak sehingga kini. Sebahagian besar petrol yang digunakan masyarakat Indonesia setiap hari berasal dari Singapura.
Namun, pada masa yang sama, isu Singapura sebagai pengeksport minyak siap proses utama ke Indonesia turut berlegar di media Indonesia.
Ia telah menjadi duri dalam daging bagi rakyat Indonesia yang berang dengan sikap Singapura yang mencampuri urusan negara mereka yang mereka sebut sebagai kedaulatan. Namun, pakar minyak Indonesia menyarankan agar tidak memusuhi Singapura kerana kebergantungan minyak mereka ke atas Singapura.
Pendedahan oleh media Indonesia juga menunjukkan Indonesia mengimport sebanyak RM21.3 billion minyak dari Malaysia sepanjang 2013.
--------------------------------------------------
Jakarta -Singapura menjadi tumpuan Indonesia dalam mengimport minyak sehingga kini. Sebahagian besar petrol yang digunakan masyarakat Indonesia setiap hari berasal dari Singapura.
Ketua BKKPII Ikatan Pakar Teknikal Perminyakan Indonesia (IATMI) Nanang Untung menjelaskan, Singapura adalah negara paling dekat dengan Indonesia yang mempunyai simpanan minyak dalam jumlah yang besar. Maka wajarlah urusan bekalan minyak adalah dari Singapura.
"Mahu tak mahu, rela atau tidak, kita perlu beli dari Singapura. Kerana pusatnya memang di sana." tutur Nanang di pejabat pusat Pertamina, Jakarta, Kamis (13/2/2014)
Sementara itu dari segi geografi, Singapura juga yang paling dekat dengan Indonesia. Sehingga boleh dikatakan lebih efisien. Jika tidak dari Singapura, menurut Nanang, minyak juga diambil diimport dari negara lain.
"Sebetulnya mahu dari Singapura atau bukan Singapura, bukan masalah di pihak Singapura. Singapura itu pintunya sahaja. Kerana Indonesia juga boleh import dari tempat lain, kalau memang boleh lah," jelasnya.
Tetapi, Nanang menganggap, ini bukanlah persoalan Singapura sebagai penyedia. Ia lebih kepada Indonesia sebagai pengimport . Itu yang patut diteliti oleh kerajaan bagaimana caranya untuk tidak lagi bergantung dengan minyak import.
"Masalahnya kita bergantung dengan import minyak. Fokusnya adalah kebergantungan dengan import. Kalau bergantung dengan import, dinasihatkan agar tidak lagi diimport di masa depan," ujar Nanang.
Seperti diketahui, dari data Badan Pusat Statistik (BPS) yang dikutip detikFinance, sepanjang 2013 lalu, Indonesia mengimport minyak sebanyak US$ 28.56 billion (RM 95 billion) atau sekitar Rp 285 trillion, dengan jumlah 29.6 juta tan. Dari jumlah itu, nilai import minyak dari Singapura adalah US$ 15.145 billion (RM50 billion) atau sekitar Rp 151 trillion.
Selain Singapura, berikut adalah negara-negara yang minyaknya dibeli oleh Indonesia sepanjang 2013:
- Malaysia, dengan niai US$ 6.4 billion (RM 21.3 billion) atau Rp 64 trillion dengan jumlah 6.7 juta tan
- Korea Selatan, dengan nilai US$ 2.53 billion (RM 8.4 billion)atau sekitar Rp 25 trillion dengan jumlah 2.7 juta tan.
- Kuwait, dengan nilai US$ 906 juta (RM 3 billion)atau sekitar Rp 9 trillion dengan jumlah 1.07 juta tan
- Arab Saudi, dengan nilai US$ 709 juta (RM 2.4 billion) atau sekitar Rp 7 trillion dengan jumlah 735 ribu tan.
- Qatar, dengan nilai US$ 538 juta (RM 1.8 billion)atau sekitar Rp 5 trillion dengan jumlah 562 ribu tan
- Uni Emirat Arab, dengan nilai US$ 367 juta (RM 1.2 billion) atau sekitar Rp 3 trillion dengan jumlah 371 ribu tan.
- Taiwan, dengan nilai US$ 312 juta (RM 1.03 billion) atau sekitar Rp 3 trillion dengan jumlah 310 ribu tan.
- Rusia, dengan nilai US$ 261 juta (RM 868 juta )atau sekitar Rp 2 trillion lebih dengan jumlah 277 ribu tan.
- China, dengan nilai US$ 257 juta (RM 855 juta)atau sekitar Rp 2 trillion lebih dengan jumlah 245 ribu tan.
- Selebihnyadari negara lain, dengan nilai US$ 1.05 billion (RM 3.5 billion) atau Rp 10 trillion lebih dengan jumlah 1.01 juta tan.
2 comments:
Malaysia plak beli minyak dr Singapore.. singapore da tentu bli minyak dr mesir yg kualiti rendah.. tak caye tanye petronas di dokyard kt penang tu..
sebab tu kena bukak refinery petroleum kat pengerang ... kasi lawan kat pulau bukum singapura
Post a Comment