Gunung Sinabung terletak kira-kira 370 km ke arah Barat dari Kuala Lumpur. Ia mula meletus pada 29 Ogos 2010 setelah kali terakhir meletus pada tahun 1600. Letusan demi letusan berlaku sehingga paling besar pada 1 Februari 2014. Debunya telah disebut gugur barat laut Semenanjung pada 12 Februari 2014 seperti dilaporkan media Singapura.
Pengkaji vulkanologi menyebut bahawa fasa letusan Sinabung masih belum tamat. Kemungkinan untuk letusan lebih besar tetap ada.
Ketika ini pula berlaku tiupan angin dari Sumatera ke arah Semenanjung Malaysia yang berlaku ketika Sinabung hanya berasap halus.
Imej letusan 1 Februari 2014 dari wired.com
Dikhuatiri akan berlaku letusan susulan yang menyamai Tambora dan Krakatau memandangkan tiada pelepasan tenaga melalui proses vulkanologi berlaku di Sumatera, khususnya di bahagian utara yang kaya dengan gas asli, sejak aktiviti seismik meningkat bermula dari gempa bumi 9.0 pada skala Richter yang mencetuskan tsunami Aceh pada tahun 2004.
Adalah diharapkan agar tiada letusan besar berlaku ketika ini menyedari jarak Gunung Sinabung ke Kuala Lumpur yang lebih dekat dari Kuala Lumpur - Alor Setar ini dan ia antara yang wajar diberi perhatian oleh pakar tempatan kerana sebarang letusan besar yang memberi impak jerebu debu vulkanik adalah menjadi sebahagian bencana negara.
No comments:
Post a Comment