Berlegar di media sosial Facebook apa yang dikatakan sebagai kenyataan bakal mantan Ketua Menteri 33 tahun Sarawak, Taib Mahmud, berhubung penolakan UMNO di Sarawak dengan alasan UMNO parti kotor dan rasis.
Ia gambaran jelas tentang apa yang melekat pada nama UMNO dari dalam BN sendiri dan puak mana yang melekat pada UMNO sehingga ia 'menjadi' rasis.
Tidak hairanlah jika berlaku pepecahan dalaman UMNO berhubung krisis ini seperti contoh gerakan 'menjauhkan' Perkasa dari UMNO yang berlegar desas-desusnya.
Apa yang tak sedap ialah kesahihan kenyataan ini diragui dan posting Page Facebook ini menyemarakkan idea pemisah di kalangan rakyat Sarawak melihat kepada gaya komentar yang ditinggalkan.
Satu tamparan hebat buat UMNO. Padan muka...Tapi dalam erti kata lain, PR boleh lah masuk Sarawak kalau mcm itu. — with Winnie Hannie Exezrienna.
2 comments:
Sila kemukakan bukti video ucapan tersebut untuk mengesahkannya. Sekadar posting2 di facebook tiada apa2 makna sekiranya tiada bukti kukuh. Terima kasih.
dengan ribuan likes tidak boleh disebut tiada apa2 makna kerana dakyah tidak benar perlu dihujah sebagai tidak benar. silalah pihak empunya kuasa pula mencari kesahihan ucapan ini kerana pendedahan yang dibuat sudah memadai untuk diusut.
Post a Comment