Selasa, Mac 11, 2014

KP DCA dan 'Balotelli' merupakan kenyataan memalukan #PrayForMH370 #DoakanMH370

Masyarakat antarabangsa di media sosial membidas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, semalam apabila membuat perumpamaan melibatkan penyerang AC Milan, Balotelli, apabila ditanya bagaimanakah rupa penumpang yang menggunakan passport curi tersebut jika ia bukannya berwajah Asia.

Barang harus diingat, ketika saat genting seperti ini, perumpamaan berbunyi lawak jenaka juga mungkin ditafsir sebagai serius. 

Kenyataan perumpamaan bernada gurau tidak diperlukan dan ketika merata dunia memerhatikan beliau, tidak wajarnya mengeluarkan kenyataan yang membuatkan ribuan juta penduga membayangkan apa yang cuba disampaikan olehnya ialah 'seorang berkulit hitam' yang akhirnya disebarkan gambar mereka yang merupakan lelaki keturunan Parsi, bukan Afrika.

Ini menambah persoalan bolak balik yang dimainkan oleh media asing. Mereka tidak faham sewajibnya dengan kenyataan tersebut.

Perlu diingat juga,  ia merupakan krisis yang menarik perhatian dunia. Ini bukan sidang akhbar dalam negara yang para wartawan tahu apa yang dikatakan lawak dan apa yang dikatakan serius.

Nampaknya, KP DCA perlulah memperbetulkan kaedahnya menjawab soalan wartawan atau dengan lebih baik, tidak perlulah lagi mengeluarkan kenyataan dalam sidang akhbar. Mungkin jika ada staffnya yang layak, maka gantikanlah.



Mario Balotelli




Tiada ulasan: