Monday, March 17, 2014

Polis kesan dadah sintetik baharu

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 16 Mac - Dadah yang dikesan membunuh enam penonton konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, berkemungkinan adalah dadah sintetik baharu yang belum dipasarkan di negara ini.

Difahamkan, dadah berkenaan diseludup masuk dari negara jiran dan sememangnya dibawa khas untuk mereka yang menghadiri konsert terbabit.



Sumber memberitahu, setakat ini polis masih belum dapat memastikan jenis dadah yang digunakan, meskipun mereka mengaitkan kematian mangsa dengan dadah sintetik jenis methamphetamine.

Menurutnya, pakar perubatan yang menemui beberapa kapsul dadah berkenaan di badan mangsa juga sukar untuk mengenal pasti jenisnya.

"Polis masih mengesan sama ada dadah itu jenis methamphetamine yang baharu atau dadah jenis lain kerana setakat ini barangan terlarang sebegitu masih belum ada dalam pasaran negara.

"Polis juga tidak dapat memastikan kandungan dalam dadah itu untuk menentukan punca kematian enam individu terbabit dan dadah tersebut telah dihantar ke makmal untuk diuji.

"Keputusan ujian hanya akan diketahui dua minggu lagi dan ketika itu barulah polis mengetahui jenis dan dari mana bekalan dadah tersebut diperolehi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, enam penonton konsert iaitu Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Sabreena Kamarudin, 21; Syazana Sohaime, 23; Victor Wong E Hern, 26; Faizza Mohd. Wazir, 27; dan M. Suresh, 28; maut manakala tiga lagi kritikal dipercayai akibat pengambilan dadah sintetik berlebihan.

Utusan Malaysia difahamkan, dadah yang diambil oleh mangsa ketika menghadiri konsert berkenaan berupa kapsul ubat dan dijual dengan harga yang rendah.

Mereka yang mengambil dadah itu juga dikatakan akan mengalami peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga boleh mengakibatkan tidak sedarkan diri di samping keluar darah menerusi hidung dan telinga.

Mengulas tentang pengedaran dadah di konsert terbabit, sumber memberitahu, bekalan dadah itu mungkin dibawa oleh warga asing.

"Polis juga tidak tahu sama ada dadah itu dibekalkan oleh individu yang sama kerana percakapan mangsa masih belum direkodkan.

"Polis turut menyiasat kemungkinan dadah berkenaan dengan kes yang melibatkan belasan penonton di sebuah konsert di Sepang dimasukkan hospital beberapa tahun lalu," katanya. - UTUSAN


1 comment:

Anonymous said...

Menteri pelancongan kena jawab ni (haritu, dahlah Pulau Langkawi yg. penuh tradisi Melayu/Islam, pusaka nenek moyang berzaman kita, kononnya nak dijadikan spt. negara KAPIR MONACO - terutamanya utk. pelancong kaya dgn. 'yatch' mereka)! Tak payahlah nak MENGGADAI Tanah Melayu ini sbg. NEGARA ISLAM utk. memuaskan NAFSU BUAS pelancong Barat, hanya utk. keuntungan semata - baik tumpukan pad pelancongan SOPAN dr. Dunia ISLAM!

Dahlah kat Barat, umat Islam yg. alim, termasuk yg. pakai tudung dan kopiah, diHINA dan DIPIJAK sesuka hati! Tak lama lagi, agaknya pelancong Barat sampai boleh BERBOGEL dan berpesta arak kat pantai kita - sekarang pun dah hampir separuh telanjang!

Dan nampaknya, anak muda Islam/Melayu kita terus diJAHANAMkan budaya syaitan KAPIR Illuminati Barat-Zionis, yg. mencipta dan memaksa falsafah, budaya dan undang-undg LIBERAL Barat-Zionis ke atas seluruh Dunia termasuk Dunia Islam - tetapi sebenarnya di mana gaya hidup mcm. BINATANG BUAS-PENGIKUT-SYAITAN, yg. rakus memuja wang, kebebasan seks termasuk homoseksual/pelacuran/pornografi/kehamilan luar nikah-pengguguran anak (termasuk kanak-kanak)/bertelanjang-beraksi lucah dpn. awam, dadah, alkohol dan perjudian dsbnya - akan terus menjahanamkan akhlak, akidah dan tamadun umat Islam, terutamanya anak muda Islam, yg. sering TERSIHIR dgn. industri seni Hollywood/Barat-Zionis!

Apa maknanya Illuminati ini - lihat di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; dan http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone. Dlm. industri seni Barat, tamadun syaitan Illuminati ini juga diPUJA oleh kumpulan KAPIR Heavy Metal/mana-mana artis yg. berperangai-BUAS-mcm-haiwan, termasuk Madonna, Lady Gaga, Keisha; Rihanna, Beyonce, Miley Cyrus dsbnya – lihat http://www.altheadlines.com/famous-illuminati-members-13248490/, Famous Illuminati Members, By: David Veritas, May 14, 2013; dan http://www.altheadlines.com/top-10-illuminati-symbols-hidden-in-plain-sight-13249963/, Top 10 Illuminati Symbols Hidden In Plain Sight, By: David Veritas, July 23, 2013.

Sebenarnya, tamadun Barat-Zionis memang adalah tamadun seperti binatang-buas-pengikut-SYAITAN; lihat saja sejarah empayar Roman, yg. begitu diagungkan si Barat-Zionis; penuh hedonisma dan keganasan! Dan lihat pula di zaman moden ini, cthnya Sweden yg. baru keluarkan undg-undg DAJAL di mana onani/melancap (masturbation) sah di tpt. awam, termasuk dlm. bas/taman/pantai dsbnya (lihat di http://www.huffingtonpost.com/2013/09/18/public-masturbation-legal-sweden_n_3949742.html). Dan di Jerman pula, MEROGOL HAIWAN (termasuk ’zoo‘ khas utk. rogol segala mcm. haiwan) adalah sah dlm. undg-undg - lihat akhbar (anti-Islam) di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).