Wednesday, April 09, 2014

Jokowi mampu menang pilihanraya presiden Indonesia Julai ini.

JAKARTA 7 April - Buat kali pertama, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang akan menamatkan tempoh pentadbirannya pada Oktober ini membuat kenyataan terbuka menggesa rakyat Indonesia memberi peluang kepada Joko Widodo atau Jokowi untuk menggantikannya dengan memilih beliau pada pilihan raya Presiden Indonesia (Pemilu) 2014.

Kepada Jokowi yang muncul sebagai calon paling popular untuk menggantikan beliau, Susilo menasihatkan Gabenor Jakarta itu agar meyakinkan rakyat terhadap kemampuannya untuk memerintah Indonesia.

Dalam kenyataan yang disiarkan di YouTube semalam, Susilo juga mencadangkan kepada Jokowi agar menyenaraikan rancangannya untuk menerajui negara ini, sekali gus dapat menyangkal prasangka banyak pihak terhadap kemampuan beliau.

"Saya fikir apa yang paling baik ialah rakyat tidak terlalu cepat menghakimi beliau (Jokowi) sebagai seorang yang tidak berkemampuan. Pada masa sama, Pak Jokowi harus membentangkan idea, cara mengatasi serta polisi yang akan beliau perkenalkan untuk menyelesaikan masalah dalam negara yang sedang dihadapi.

"Dengan memberikan penjelasan tentang program dan bersedia untuk membincangkannya, rakyat boleh menilai kualiti yang ada pada Pak Jokowi berbanding calon lain Presiden. Daripada situ, rakyat boleh membuat pilihan siapa calon paling tepat untuk menggantikan saya," kata Presiden Indonesia itu.

Mengenai dakwaan lawan politik yang menggelarkan Jokowi sebagai boneka kepada Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputeri, Susilo berkata, Jokowi harus membuktikan sebaliknya.

"Ia akan menjadi satu cabaran kepada Pak Jokowi atau sesiapa sahaja yang akan dilantik sebagai Presiden seterusnya untuk tidak membenarkan diri mereka mengikut telunjuk sesiapa, sama ada daripada pelabur atau entiti asing. Saya tidak pernah membenarkan sesiapa untuk campur tangan dengan apa yang saya lakukan sepanjang 10 tahun di pejabat (memerintah)," ujar Susilo.

Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Joko Widodo (kanan sekali) ketika lawatan kerja ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan operasi KL Monorail Jun tahun lalu.

2 comments:

Unknown said...

Jokowi tidak pernah malu meniru negara2 yang maju dalam bidang apa saja apalagi TRANSPORTASI seperti MALAYSIA,asalkan dapat menyeleseika masalah di Negeri tercinta ini : fokus saya untuk rakyat.titik

Unknown said...

Tak pernah mengeluh untuk urusan yg terkait rakyat,bangsa & Negara. Kalau terhadap rakyat jelata sopan dan lembut, MENGAPA TIDAK KEPADA NEGARA2 JIRAN.Ini belum ada pada CAPRES2 LAIN